Sumber : Harian Metro
Tarikh : 25/02/2015
Kuala Lumpur: Ketika usia perkahwinan mereka bakal menjangkau enam tahun bulan depan, pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 35, memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Terdahulu, pada prosiding semalam, peguam syarie Nur Aini Fauzi yang mewakili Yatt selaku plaintif memaklumkan kepada mahkamah pihaknya sudah menyerahkan saman kepada Abdul Mutalib (defendan) pada 10 Februari lalu.
Abdul Mutalib yang tidak diwakili peguam mengesahkan perkara itu, bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain kerana berhasrat melantik peguam syarie untuk mewakilinya.
“Saya kurang arif dengan terma dalam permohonan itu jadi saya nak lantik peguam. Saya juga mohon plaintif tarik balik permohonan dan rujuk kes ini kepada Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan),” kata Abdul Mutalib.
Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah kemudian membenarkan permohonan defendan dan menetapkan 12 Mac ini untuk sebutan semula kes dan sekiranya Abdul Mutalib gagal mendapatkan khidmat peguam syarie kes itu akan diteruskan.
Yatt hadir ke mahkamah semalam dengan memakai jubah dan tudung serba hitam serta berniqab.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika, lima tahun.
Yatt yang kini menjalankan perniagaan busana muslimah di bawah nama Suci By Yatt Hamzah bernikah dengan Abdul Mutalib, 35, pada 29 Mac 2009 di rumah kediaman keluarganya di Seremban 2, Negeri Sembilan.
Artikel-artikel yang dijumpai oleh pemilik blog ini yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. Semoga ianya bermanfaat, insyaAllah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Talian NUR 15999
Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan