Sumber : Kosmo
Tarikh : 03/04/2015

Perkahwinan beramai-ramai dapat menjimatkan kos perkahwinan. – Gambar hiasan
TIDAK berapa lama dahulu, pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ada mengeluarkan statistik tentang umur perkahwinan di negara ini yang menunjukkan bahawa kaum lelaki berkahwin pada umur 29 tahun dan wanita pula puratanya 25 tahun.
Kemajuan sesebuah negara mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan trend tersebut kerana dalam kalangan masyarakat banyak memberikan tumpuan kepada keperluan kebendaan mengatasi keperluan spiritual.
Ketidakseimbangan ini selalunya akan membawa kepada ketidakupayaan untuk memberi tumpuan kepada kehidupan berumah tangga dan keluarga.
Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk membina kerjaya dan kekuatan ekonomi, sekali gus menyumbang kepada perkahwinan lewat usia atau terus membujang.









