Selasa, 30 Disember 2014

Kontroversi nikah bawah umur

Oleh : HASLINDA ZAINAL
Sumber : Kosmo - Rencana Utama
Tarikh : 14/02/2011

USIA remaja perlu dihabiskan dengan usaha menuntut ilmu. - Gambar hiasan



SITI Nur Zubaidah Hussin baru berusia 11 tahun ketika dia dipaksa berkahwin oleh bapanya dengan lelaki berusia 41 tahun di Kelantan awal tahun lalu.
Bapanya, Hussin Mat Salleh ialah pengikut kumpulan tabligh yang diyakinkan oleh ketuanya, Shamsuddin Che Derahman, juga digelar ‘Sudin Ajaib’, bahawa perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
Akibat perkahwinan tanpa rela, kanak-kanak pintar darjah lima itu mengalami tekanan perasaan yang hebat. Dia telah ditemui dalam keadaan separuh sedar di Masjid Al-Ikhwan, Taman Samudera, Batu Caves, Selangor.
Kes itu bukanlah yang pertama dan terakhir di negara ini kerana masih ada lagi remaja yang berkahwin dengan kerelaan hati malah ada juga yang terpaksa berkahwin kerana hamil di luar nikah.

Isnin, 22 Disember 2014

Pengukuhan keluarga elak keruntuhan moral

Oleh : Noor Hartini Saari
Sumber : Utusan Malaysia - Keluarga
Tarikh : 22/12/204
KERUNTUHAN akhlak remaja yang berlaku dalam negara ini bukan satu masalah ba­haru. Masalah ini masih ber­terusan hingga kini. Secara umum­nya ke­run­tuhan akhlak me­rangkumi ber­bagai perlakuan ne­gatif remaja yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada ke­kuatan sis­tem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesebuah ma­syarakat ataupun ne­gara.

Kes pembuangan bayi, anak luar nikah, pecah rumah, kecurian tabung masjid atau surau, kecurian kereta, merogol dan sumbang mahram adalah antara contoh kerun­tuhan akhlak yang masih berada pada tahap membimbangkan.

Sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan bahawa umat Islam yang terlibat dalam sumbang mahram pada tahun 2009 adalah sebanyak 385 kes dan meningkat kepada 413 pada 2010.

Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara pula, anak luar nikah Melayu (Islam) atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang 2009 adalah seramai 17,303 berbanding 16,541 pada 2008.

Namun, di sebalik apa yang berlaku ini sudah tentu ada puncanya. Keruntuhan institusi kekeluargaan atau ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan kasih sayang dan pendidikan agama, kemerosotan dari segi asuhan dan bimbingan dilihat sebagai salah satu puncanya.

Mentua tak terima sebab saya janda

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 20/12/20114

Jika sudah ditakdirkan jodoh sudah berakhir, tidak siapa boleh menolaknya melainkan menerimanya dengan reda dan tabah menghadapi hidup seterusnya.

Perceraian biasanya membawa pelbagai makna dalam hidup pasangan suami isteri. Ada yang langsung tidak bertegur sapa dan ada juga yang menjadi kawan baik selepas bercerai demi anak-anak.

Isu minggu ini sangat menarik. Pengakuan ikhlas seorang janda yang telah bernikah dengan anak teruna tetapi tidak diterima oleh ibu bapa dan keluarga suaminya. Apakah kesudahan cerita ini, kita ikuti pengakuan Amira (bukan nama sebenar) tentang kemelut yang dihadapinya.

Begini ceritanya.

“Saya berusia lewat 30-an, be­kerja sebagai seorang pegawai bank. Saya telah bernikah dengan seorang lelaki yang saya kenal sejak zaman sekolah bernama Nasir (bukan nama sebenar) dan dikurniakan dua orang anak perempuan berusia antara 9 dan 7 tahun.

“Entah di mana silap saya dan Nasir, kami bercerai setahun lalu selepas gagal mengembalikan keharmonian rumah tangga akibat tidak lagi sefahaman. Walaupun kami berusaha, nyata perpisahan adalah jalan terbaik untuk kami.

Petaka kronik hamil tanpa kahwin

Oleh : TARMIZI ABDUL RAHIM (pengarang@utusan.com.my)
Sumber : Utusan Malaysia - DIMENSI
Tarikh : 18/12/2014

TRAGEDI peningkatan remaja hamil tanpa berkahwin di negara ini bukan lagi kes terpencil tetapi satu malapetaka kepada negara. Hal ini kerana merekalah yang bakal mewarisi negara pada masa hadapan.

Sejarah membuktikan bahawa sebuah tamadun hebat boleh runtuh gara-gara modal insannya menghadapi krisis akhlak, tidak menghormati agama yang menjadi pegang­an hidup dan terlalu berkiblatkan budaya hedonisme iaitu yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup semata-mata.

Pendedahan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan baru-baru ini terhadap bencana moral itu amat mengejutkan. Kes hamil dalam kalangan remaja berusia 10 hingga 19 tahun di negeri itu dari 2010 hingga 2013 adalah 1,188 kes, dengan sebanyak 571 iaitu 48 peratus daripadanya tidak berkahwin.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan pula menunjukkan aktiviti seksual dalam kalangan remaja meningkat daripada 1.8 peratus pada 
1996 kepada 8.3 peratus pada 2012.

Data Kementerian Kesihatan juga mencatatkan kes baru hamil dalam kalangan remaja 10 hingga 19 tahun dari Januari hingga Disember 2011 adalah sebanyak 18,652 dengan 4,222
(23 peratus) daripadanya tidak berkahwin atau berzina.

Ibu rayu cari waris anak angkat

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 17/12/2014

NURHIDAYAH ( kiri) bersama ibu angkatnya Hosniah Mamat membuat
NURHIDAYAH ( kiri) bersama ibu angkatnya Hosniah Mamat membuat laporan polis di Balai Polis Ampang untuk mencari ibu kandungnya.

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Seorang wanita merayu bantuan orang ramai bagi mencari waris anak angkat perempuannya, Nurhidayah, 8, yang dipelihara sejak tahun 2006 untuk urusan dokumentasi.

Hosniah Nimat, 48, berkata, Nurhidayah telah diserahkan oleh ibu kandungnya untuk dijaga sementara ketika kanak-kanak itu berusia dua bulan tanpa menyertakan dokumen kelahiran.

Menurutnya, ketika itu dia berniaga di kantin sebuah tapak pembinaan di kawasan Perhentian Bas di Larkin, Johor Bharu sebelum berpindah ke Lembah Jaya Selatan, Ampang pada hujung tahun yang sama.

Ujarnya, ibu kandung Nurhidayah yang merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Siti dan berusia dalam lingkungan 20-an ketika itu selalu datang ke kantinnya untuk makan.

“Kehidupan Siti boleh dikatakan agak daif dan kerana itu, saya tidak lokek membantunya. Suatu hari, dia datang seperti biasa membawa bayinya dan meminta saya menjaganya untuk seketika kerana ingin mencari suaminya.

“Namun, selepas itu dia langsung tidak kembali untuk mengambil bayinya sehingga kini dan saya sendiri tidak tahu siapa lagi waris kepada bayi tersebut ketika itu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Utusan, di sini hari ini.

Isteri suka mengamuk berubah perangai

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 13/12/2014

ORANG yang suka mengamuk tanpa usul periksa mungkin 
dikaitkan dengan masalah mental atau tertekan kerana tidak boleh melihat orang lain lebih daripada dirinya. Ada dalam kalangan mereka yang tiba-tiba menjadi ganas dan mengamuk kerana 
terlalu emosi dengan apa yang 
dilalui disebabkan tidak dapat mengawal tekanan yang dihadapi.

Bagaimana pula jika isteri atau suami mengamuk di rumah gara-gara tidak mendapat apa yang mereka hajati?. Bukan rekaan tetapi inilah hakikat yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Kepada saya, Salman (bukan nama sebenar) berkongsi kisah yang berlaku dalam rumah tangganya untuk teladan bersama. Ingin tahu kisahnya, kita ikuti kisah menarik ini seperti mana diceritakan oleh Salman.

“Saya seorang pegawai di 
sebuah syarikat insurans dan telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Salbiah (bukan nama 
sebenar) dan dikurniakan tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki berusia antara lapan hingga 17 tahun.

“Isteri saya seorang wanita yang baik, isteri yang taat dan ibu yang penyayang. Dia bekerja 
di sebuah syarikat insurans.

“Bagaimanapun di sebalik 
perangainya yang baik itu, 
tersembunyi satu sikap yang saya ti
dak suka. Dia sangat baran dan suka mengamuk dan tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya dalam apa juga perkara terutama rakan atau saudara wanita.

Seksanya ada ibu tiri

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 10/12/2014

Dilayan seperti hamba abdi di rumah sendiri

KATA orang bukan semua ibu tiri jahat. Namun jika menyebut ibu tiri, ‘jahat’ dan garang tetap dikaitkan dengan ibu tiri. Kisah kali ini mengenai seorang teman yang memilih untuk hidup bersama ibu tiri walaupun ibu kandung masih hidup.

Mengapa dia berbuat demikian. Mungkin dia mempunyai sebab tersendiri mengapa 
memilih ibu tiri yang diketahui hidupnya pasti akan jauh berbeza daripada tinggal bersama ibu kandung yang dikasihi.

Sharifah (bukan nama sebenar) adalah anak sulung daripada lima beradik. Dia kini sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
Berkenalan dengannya pun secara kebetulan ketika bercuti di luar negara baru-baru ini.

Cerita Sharifah, ibunya kini sudah pun meninggal dunia, sementara bapanya masih lagi hidup bersama isteri yang telah dikahwini semasa ibunya masih hidup.

Ketika itu dia masih lagi berada di sekolah menengah dan adik-adiknya masih lagi kecil.
Katanya lagi, ibunya tidak mengetahui langsung bahawa bapanya sudah setahun berkahwin lain. Sebelum itu, bapanya pernah berkahwin dengan dua lagi wanita tetapi telah bercerai.
Setelah ibunya mengetahui mengenai perkahwinan baharu bapanya, ibunya benar-benar kecewa dan berasa tertipu serta dipermainkan.

Baju saya pun suami tolong gosok

Sumber : Utusan Malaysia - Keluarga
Tarikh : 06/12/2014


Bulan lalu, saya ada siarkan kisah seorang isteri yang mengeluh dengan sikap suaminya yang enggan membawanya ke majlis-majlis rasmi tanpa alasan kukuh.

Luahan isteri itu mendapat maklum balas yang pro dan kontra daripada pembaca termasuk kaum lelaki. Ada yang marah dengan sikap suami berkenaan dan ada yang menyokong.

Salah satu maklum balas yang saya terima daripada seorang isteri yang menamakan dirinya Sham (bukan nama sebenar). Begini cerita Sham.

“Saya berusia awal 50-an, mempunyai empat orang anak yang kesemuanya sudah dewasa. Dua daripada mereka sudah berkahwin dan saya mempunyai tiga orang cucu.

“Suami seorang penjawat awam yang berjawatan penting juga. Sebagai isteri, tentu saya juga ada peranan dalam organisasi yang dia pimpin walaupun kecil tapi saya tetap berusaha melibatkan diri, tanda sokongan terhadap suami.

“Saya dibenarkan aktif dalam persatuan di tempat kerja suami, malah saya dilantik menjadi ahli jawatankuasa untuk saya me­nyumbang khidmat bakti kepada persatuan berkenaan.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami yang menghargai saya. Saya berkenalan dengan semua kakitangan di bawah jagaan suami, tahu siapa isteri, suami dan anak-anak mereka.

Sijil nikah palsu: Pegawai agama beri keterangan 6 Jan.

Sumber : Utusan Malaysia - Mahkamah
Tarikh : 19/12/2014

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 6 Januari tahun depan untuk mendengar keterangan seorang pegawai agama dari Pulau Pinang berhubung dakwaan isteri kepada pelakon dan penyanyi Awie, Rozana Misbun yang meragui kesahihan sijil nikah yang dikemukakan oleh suaminya itu.

Rozana Misbun
Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain menetapkan tarikh tersebut selepas peguam syarie, Nor Azmi Mohd. Arif yang baru dilantik oleh Rozana, 36, memberitahu bahawa Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEINPP), Yusoff Abu Bakar bersedia untuk hadir ke mahkamah dan memberi keterangan secara lisan pada tarikh itu.

Peguam tersebut turut membe­ritahu, pihaknya akan memohon sapina untuk pegawai terbabit.

Hakim Mohd. Amran ketika merekodkan tarikh pendengaran itu memberitahu, mahkamah perlu memutuskan mengenai kesahihan sijil nikah terlebih dahulu memandangkan perkara itu mempunyai kaitan dengan kes-kes yang difailkan oleh pasangan terbabit terutamanya dalam prosiding hak penjagaan anak-anak mereka.

Fadilah Mansor Tidak Lapor Cerai Ke Mahkamah Kerana Sangka Kekal Menjanda


Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my
Sumber : MStar
Tarikh : 19/12/2014

KUALA LUMPUR: Biarpun telah bercerai selama dua tahun dengan penerbit dan pengarah Mat London namun dramatis Fadilah Mansor mempunyai alasan tersendiri tidak melaporkan kejadian tersebut di mahkamah syariah untuk mendapatkan pengesahan.
Fadilah, 56, berkata, dia tidak segera berbuat demikian kerana tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan penyanyi 60-an, Datuk A Rahman Hassan selepas berkenalan sejak setahun lalu.

"Saya tidak segera membawa kes berkenaan ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan kerana tidak menyangka akan bertemu jodoh sekali lagi kerana saya yakin akan hidup menjanda sehingga akhir hayat.

"Tetapi kuasa Allah mempertemukan saya dengan Datuk A Rahman Hassan dan sebab itulah baru kini saya mahu mendapatkan pengesahan supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari," katanya kepada mStar Online.

Mahkamah Syariah KL Hari Ini Penuh Kes Cerai, Rumah Tangga Artis

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my
Sumber : MStar
Tarikh : 18/12/2014

KUALA LUMPUR: Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis dipenuhi dengan kes perceraian dan masalah rumah tangga selebriti.

Antara artis yang dilihat diperkarangan mahkamah tersebut adalah Ieda Moin (perceraian), Fadilah Mansor dan Mat London (pengesahan nikah dan cerai), Syura (pengesahan rujuk) dan Rozana Misbun (pengesahan nikah dengan Awie).

Manakala nama penyanyi Farah Asyikin dan suaminya, Zaahier Stanley turut dilihat berada di papan kenyataan berhubung permohonan perceraian mereka.

Bagaimanapun Fara dan Zaahier Stanley tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula.

Madu Ghaib: Sebutan Kes Daftar Nikah Suami Mangsa MH370, 27 Januari Depan

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
susanalbs@thestar.com.my

Sumber : MStar
Tarikh : 04/12/2014

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh sebutan baharu bagi kes permohonan daftar nikah suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail menetapkan tarikh itu selepas menerima permohonan plantif, Azrai Izet Mohamad, 38, agar kes ditangguhkan bagi urusan penyediaan dokumen.
Azrai Izet diwakili peguam syarie, Wan Amir Akram Zainal Abdin dari firma guaman, Tetuan Amir & Elly Associates.
Terdahulu, Azrai Izet memfailkan permohonan daftar nikah di mahkamah tersebut pada awal November lalu selepas bernikah dengan Suzieliana Zainuddin, 36, untuk kali kedua di Songkla, Thailand.
Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran untuk mendaftar nikah kali kedua kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isteri seperti yang dituntut walaupun isterinya merupakan penumpang pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Nurul Izzah, Suami Setuju Dapatkan Hak Penjagaan Bersama Dua Anak

Oleh: AKIL YUNUS
editor@mstar.com.my
Sumber : mStar
Tarikh : 08/12/2014

Nurul Izzah (kanan) dan suaminya ketika hadir di mahkamah.

KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim  telah bersetuju secara dasar untuk mendapatkan hak penjagaan bersama terhadap dua anak mereka, yang berusia tujuh dan empat tahun.

Terma-terma lain akan dibincangkan kemudian, dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Muhammad Fateh Saleh menetapkan 15 Januari ini untuk sebutan semula kes itu.

Muhammad Fateh juga menetapkan 15 Januari ini untuk kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perceraian mereka melalui Hakam (penimbang tara) sementara menunggu kajian semula laporan jawatankuasa perdamaian yang difailkan oleh peguam Raja Ahmad, Azmi Mohd Rais.

Kajian ini telah difailkan di bawah Seksyen 51 Akta 1993 Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

Sabtu, 6 Disember 2014

Mutaah bantu isteri selepas perceraian

Oleh : Prof Dr Najibah bt Mohd Zin
Sumber : Kosmo - Varia
Tarikh : 05/12/2014


Pengorbanan isteri menjaga kebajikan keluarga, menguruskan hal rumah tangga dan menjaga kebajikan anak-anak antara perkara yang diambil kira mahkamah dalam menentukan jumlah tuntutan mutaah. – Gambar hiasan



Mutaah ialah satu bentuk bayaran sagu hati bagi memudahkan kehidupan isteri yang telah diceraikan di samping meleraikan kekusutannya.
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seorang isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah oleh suaminya boleh membuat tuntutan tersebut. Hukum ini diambil daripada al-Qur’an (al-Baqarah: 241) yang menyatakan:
“Dan bagi perempuan-perempuan yang diceraikan, hendaklah diberi mutaah menurut cara yang patut, sebagai suatu kebajikan bagi orang yang bertaqwa.”
Peruntukan ini dikanunkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia sebagai satu pengiktirafan kepada hak wanita yang diceraikan bukan berpunca daripada kesalahannya walaupun perceraian itu berlaku melalui permohonan yang dibuat oleh pihak isteri.

Jumaat, 5 Disember 2014

Suami berkira

Sumber : Utusan Malaysia - Keluarga - Tip Kaunselor
Tarikh : 04/12/2014

Berbuat kebaikan kepada isteri sebenarnya menjadi pengukur tahap keimanan, ketakwaan suami di sisi Allah SWT

SUAMI adalah tunggak dalam sesebuah rumah tangga. – Gambar hiasan
SUAMI adalah tunggak dalam sesebuah rumah tangga. – Gambar hiasan
ROSNAH termenung panjang memikirkan apa yang diperkatakan oleh ustazah tadi. Ceramah ringkas yang disampaikan itu benar-benar terkena batang hidungnya. “Macam tahu je ustazah ni,” bisik hati kecil Rosnah.

Namun, isi ceramah ustazah tersebut cukup membuatkannya tertarik untuk duduk sehingga selesai majlis. Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh ustazah tersebut. Selama ini dia hanya diam membisu. Tidak berani hendak meminta itu dan ini.

Kata-kata suaminya masih terngiang-ngiang di telinganya. “Kau dah cukup baik. Dalam rumah ini segala keperluan makan dan minum sudah aku sediakan. Tak perlu lagi duit belanja,” begitu tegas suara si suami.

Lama sudah Rosnah memikirkan hal ini. Benarkah begitu? Dan hari ini dia temui jawapannya. Memang benar, sekalipun suami telah menyediakan keperluan makan dan minum yang dikatakan sebagai nafkah, namun suami perlu ada sikap ihsan kepada isteri dengan membekalkan sedikit wang untuk isteri berbelanja.

Kata ustazah itu lagi, selama ini tugas isteri sebagai suri rumah tidak pernah dibayar. Isteri akan melakukannya dengan sukarela dan lebih penting daripada itu, untuk mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Bukan itu sahaja, si suami harus bersyukur kerana tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh suami telah diambil alih oleh isteri. Daripada memasak, mengemas, menjahit, menjaga anak, membasuh sehingga menggosok baju, semuanya dipikul oleh insan yang bergelar isteri dan ibu.

Justeru, menjadi kewajipan suami untuk memberi nafkah dalam bentuk wang ringgit, sekalipun si suami telah menyediakan keperluan makan dan minum di rumah. Hatta, sekiranya isteri juga bekerja, duit belanja perlu diberikan sebagai salah satu tanggungjawab memberi nafkah. Sedikit atau banyak, kata ustazah, terpulang kepada kemampuan suami tetapi biarlah ia bersesuaian.

Bilangan anak luar nikah meningkat

Sumber : Utusan Malaysia - Berita Parlimen
Tarikh : 04/12/2014

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Gejala kelahiran anak luar nikah atau tidak sah taraf memperlihatkan trend membimbangkan apabila bilangannya meningkat dari setahun ke setahun terutama sejak 2009.
Chew Mei Fun
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Chew Mei Fun berkata, berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah anak tidak sah taraf pada 2009 ialah seramai 52,378 orang dan meningkat kepada 52,982 orang (2010), 53,788 orang (2011) serta 58,715 orang pada 2012.
“Sehingga Jun tahun lalu pula, seramai 14,239 anak tidak sah taraf direkodkan,” katanya ketika menjawab soalan Senator Shahanim Mohamad Yusoff dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Shahanim ingin mengetahui jumlah kes kelahiran anak luar nikah dan langkah yang diambil kerajaan bagi menangani isu berkenaan.

Mei Fun berkata, kementeriannya memandang serius masalah kelahiran anak luar nikah yang memerlukan kerjasama semua pihak seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta, ahli akademik dan anggota masyarakat bagi menyelesaikannya.

Rumah tangga Romie, Nur Liyana bakal berakhir

Oleh : TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
Sumber : Sinar Harian
Tarikh : 04/12/2014

SHAH ALAM - Pergolakan rumah tangga bekas kekasih seorang pelakon, Romie Razin Adilha Abd Jais, bakal menemui titik nokhtah pada Selasa depan.

Peguam yang mewakili Romie, 34, Rubiah Jaafar memohon penangguhan prosiding kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum permohonan cerai secara baik yang difailkan plaintif, Nur Liyana Abdul Manan diputuskan.

"Ada beberapa perkara yang mahu dibincangkan dan diselesaikan secara muktamat," katanya.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Azmi Aziz membenarkan permohonan penangguhan prosiding itu.

Sebutan daftar nikah suami penumpang MH370

Oleh : TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
Sumber : Sinar Harian
Tarikh : 04/12/2014

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 27 Januari depan untuk serahan dokumen permohonan daftar nikah suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail pada sebutan kali kedua kes itu semalam.

Azrai Izet Mohamad yang diwakili peguam Wan Amir Akram Zainal Abidin memfailkan permohonan daftar nikah di mahkamah tersebut pada awal November lalu selepas bernikah dengan Suzieliana Zainuddin, 36, untuk kali kedua di Songkla, Thailand.

Keganasan terhadap wanita

Lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung bagi wanita sebaliknya menjadi musuh yang menakutkan. – Gambar hiasan


KEGANASAN terhadap wanita merupakan satu isu menyayat hati yang sering menjadi topik utama di media massa. Kita sering mendengar kes wanita disimbah asid kerana cemburu dan dipukul de­ngan teruk sehingga menyebabkan kematian.
Ia bukan sahaja berlegar dengan isu rumah tangga, tetapi adakalanya ia juga berlaku di luar rumah. Dalam keba­nyakan kes, pelakunya ialah kaum lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kaum wanita.
Mengapa hal yang buruk seumpama ini selalu sahaja berlaku?
Secara tabiatnya, kaum wanita dan lelaki dikurniakan sifat yang berbeza. Wanita dikurniakan dengan sifat lemah lembut dan penyayang kerana ia berpadanan de­ngan tugas wanita untuk melahirkan dan membesarkan anak. Lelaki pula dikurniakan dengan sifat kasar dan secara fizikalnya mempunyai bentuk yang sasa kerana ia bertujuan untuk melin­dungi keselamatan keluarga.
Bagaimanapun, kerana tidak memahami peranan sebenar ini, wanita yang dianggap sebagai makhluk yang lemah sering menjadi objek pukulan kaum lelaki. Lelaki sepatutnya menjadi pelin­dung kepada kaum wanita sebaliknya menjadi musuh yang menakutkan.

Mahmud Abu Bekir nafi 
curang, panas baran

Sumber : Utusan Malaysia - Mahkamah
Tarikh : 02/12/2014

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib hari ini menyangkal dakwaan bahawa rumah tangga yang didirikannya bersama Shahnaz Abdul Majid selama hampir 20 tahun gagal dipertahankan akibat sikap curang, penipu dan panas baran beliau.

Mahmud Abu Bekir, 51, juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam syarie, Akbardin Abdul Kader yang mewakili Shahnaz bahawa beliau seorang yang ganas dan sering melakukan serangan fizikal serta mental ke atas bekas isterinya itu sepanjang perkahwinan mereka.

Penafian itu dibuat setelah Akbardin menimbulkan beberapa kejadian serangan yang didakwa oleh Shahnaz dilakukan oleh bekas suaminya itu terhadapnya antara tahun 1994 dan 1998 di kediaman mereka serta di dalam kereta sehingga menyebabkan wanita itu cedera.

Anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud itu yang tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kesemua kejadian itu telah berlaku, turut mendakwa keterangan Shahnaz itu adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

Keganasan rumah tangga menurun

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 01/12/2014


KUALA TERENGGANU 30 Nov. – Kes keganasan rumah tangga di negara ini yang meningkat berterusan sejak 2010, mula menunjukkan kadar penurunan agak ketara tahun ini kepada tahap 11 peratus sehingga September lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Pembangunan Wanita, Che Azizah Che Rashid memberitahu, berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak Januari lalu, sejumlah 3,673 kes dicatatkan berbanding 4,123 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Pada tahun-tahun sebelum ini, statistik menunjukkan peningkatan bermula tahun 2010 sebanyak 3,173 kes, 3,277 kes (2011) dan 3,488 kes (2012) dan 4,123 kes (2013),'' katanya ketika ditemui pada Program Perbincangan Meja Bulat Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Zon Timur di Hotel Permai di sini, semalam.

Ahad, 30 November 2014

Isteri Boleh Minta Cerai

Oleh : Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Sumber : http://drmaza.com/ 
Tarikh : 11/04/2010


Soalan: Saya seorang wanita yang merasa tertipu. Atas cadangan beberapa pihak saya menerima pinangan seorang pemuda. Mereka kata dia seorang yang baik. Kami pun bernikah. Setelah bernikah baru saya tahu dia seorang penagih dadah. Sudah dua kali dia ditahan. Saya tidak sanggup lagi bersuamikan dia. Dia pernah memukul saya. Malu saya di tempat kerja.
Saya ingin minta diceraikan atau kami dipisahkan. Ramai yang beritahu saya berdosa isteri minta cerai. Keluarga dia lebih-lebihan kutuk saya, kata saya isteri yang tidak baik kerana hendak minta cerai. Allah murka kepada isteri seperti saya. Dr, kenapa saya rasa tertindas jadi perempuan dalam agama saya sendiri? 
Fazlina, Kuala Terengganu.


Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:
Semoga Allah mengeluarkan puan dari kezaliman manusia. Berikut adalah jawapan saya dalam masalah yang puan kemukakan:

Apabila kepercayaan dikhianati

Bersama NORAZMAN AMAT (norazman_amat@yahoo.com)
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 27/11/2014

Ana tidak takut lagi dengan ugutan talak Aiman

rumah tangga adalah ruang untuk memenuhi keperluan peribadi dan









rumah tangga adalah ruang untuk memenuhi keperluan peribadi dan ahli keluarga yang menjadi tanggungjawab setiap pasangan. - Gambar hiasan

SEMUANYA sudah terbongkar. Apa yang disorokkan selama ini bukan lagi menjadi rahsia. Berita pahit untuk ditelan, namun Ana reda jika itu ketentuan-Nya. Untuk apa lagi bersuamikan seorang kaki penipu yang selama ini berlindung di sebalik nama agama.

Ana sama sekali tidak menyangka. Perwatakan alim suaminya yang berubah secara drastik, rupa-rupanya sekadar lakonan. Patutlah selama ini, ada sahaja alasannya bila ditanya kenapa dia pulang lewat ke rumah. Katanya ada perbincangan dengan kumpulan sekuliah.

Aiman, dahulu tidak begitu. Sekalipun tidak bekerja, namun Ana masih boleh menerima keadaan tersebut. Sudah ditakdirkan, Aiman terpaksa berhenti kerja gara-gara syarikatnya tidak mampu lagi meneruskan operasi. Setahun Aiman menganggur. Puas dia meminta kerja ke sana ke sini, namun hampa.

Ana lalu mencadangkan agar Aiman menyambung pengajiannya. Manalah tahu dengan sijil ijazah yang akan diperoleh itu ‘rezeki’nya lebih mudah. Aiman setuju. Segala kos perbelanjaan pengajiannya ditanggung Ana.

Sesi kuliah bermula, Aiman mula sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan pensyarahnya. Justeru, tugas mengemas rumah dan menjaga anak diserahkan kembali kepada Ana.

Aiman pula sering memberi alasan dia sibuk dengan pengajiannya. Ana cuba memahaminya. Namun, Ana sedikit curiga kerana Aiman sering pulang lewat. Bila ditanya, Aiman mula baran.

Sejak itu perangai Aiman pelik. Dia suka menyendiri. Telefonnya pula sentiasa ada di tangan. Pernah sesekali Ana terdengar perbualan telefon Aiman. Suaranya cukup lembut dan banyak nasihat agama dituturkan.

Isteri berhak tuntut nafkah semasa idah

Oleh : Prof Dr Najibah bt Mohd Zin
Sumber : Kosmo - Varia
Tarikh : 28/11/2014


SEORANG isteri yang diceraikan akan melalui proses menunggu atau idah untuk memastikannya tidak mengandung demi menjaga taraf keba­paan anak itu.
Tempoh idah itu membolehkan pihak yang bercerai mengambil masa untuk memperbaiki konflik rumah tangga dan berbaik semula (rujuk) tanpa akad yang baharu jika perdamaian adalah lebih baik kepada pasangan tersebut.
Dalam tempoh idah, seorang isteri yang diceraikan masih lagi berhak mendapatkan sejumlah nafkah idah untuk memastikan kelangsungan hidup selepas bercerai. Ini merupakan peruntukan kewangan yang diberikan kepada isteri berdasarkan kepada andaian bahawa perkahwinan masih ada walaupun setelah bercerai.
Nilai nafkah mengambil kira ke­upayaan suami untuk bayar, status sosial isteri dan keperluannya. Walaupun terdapat pandangan mazhab yang berbeza daripada sudut tanggungjawab membayar nafkah idah, pendekatan yang biasa dipakai di Malaysia ialah mengambil pandangan mazhab Shafie iaitu ianya terpakai dalam idah talak yang boleh dirujuk kecuali isterinya hamil.

Azab perkahwinan

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 26/11/2014

Tidak ada seorang pun berkahwin untuk bercerai atau untuk menderita

RABU lalu saya menjadi ahli panel forum di Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Malaysia di Melaka. Forum tersebut bertajuk, Perkahwinan: Antara Nikmat dan Azab. Bagi saya ia suatu tajuk yang sangat menarik kerana apabila menyebut mengenai perkahwinan, orang jarang bercakap mengenai keburukannya. Yang selalu dibicarakan adalah aspek keindahan dan kemanisan alam rumah tangga.

Hakikatnya, forum itu membangkit persoalan yang sangat menarik tetapi jarang dibincangkan. Perkahwinan adalah sunnah Nabi SAW yang menyatukan individu lelaki dan individu perempuan melalui akad nikah.

Setiap orang yang berkahwin sudah tentu mengimpikan kebahagiaan yang berkekalan hingga akhir hayat. Tidak ada seorang pun berkahwin untuk bercerai atau untuk menderita. Nikmat perkahwinan adalah hidup berkasih sayang.

Ramai yang merasakan nikmat perkahwinan hanya terletak kepada hubungan seksual. Nikmat perkahwinan ialah keupayaan dua insan melayari kehidupan rumah tangga dengan kepelbagaian perbezaan, memahami hak dan kehendak di antara satu sama lain dan melalui suka duka bersama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman