Khamis, 9 Ogos 2012

Tuntutan bayar nafkah

Oleh : Faizatul Farlin Farush
Sumber : Harian Metro
Tarikh : 06/08/2012

KAJIAN menunjukkan ramai ibu tunggal dan anak mereka tidak tahu hak dalam mendapatkan saraan hidup. Ini menyebabkan mereka gagal hadir ke mahkamah syariah sehingga hutang nafkah yang sepatutnya dibayar oleh bekas suami, tertunggak mencecah ratusan ribu ringgit.
Selain kurang pengetahuan di pihak wanita untuk membuat tuntutan, keengganan bekas suami membayar nafkah menyebabkan ramai wanita menderita dan hidup susah bersama anak-anak mereka.

Kesukaran menuntut nafkah daripada bekas suami boleh diatasi dengan merujuk kepada mahkamah syariah kerana melalui kuasa perundangan, bekas suami boleh dipaksa membayar kepada bekas isteri serta anak-anak yang ditinggalkan.

Antara alasan yang diberikan bekas suami yang liat menjelaskan nafkah termasuk sudah mempunyai komitmen baru.


Cerai taklik

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 08/08/2012

JIKA dua minggu lalu saya menulis mengenai permohonan cerai melalui talak, kali ini saya akan menyambung perbincangan mengenai cerai dengan melihat satu lagi seksyen dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 iaitu cerai taklik. Sebenarnya cerai taklik ini ialah cerai melalui talak juga tetapi bersyarat.

Ini bermakna talak ada tiga jenis iaitu talak segera, bersyarat dan bersandar masa depan. Talak segera adalah seperti yang telah saya terangkan dua minggu lalu di mana di Malaysia ia kini perlu dipohon kepada Mahkamah Syariah untuk mendapat kebenaran mentalak. Talak segera boleh berlaku jika suami menyebut 'aku talak kamu' atau 'kamu tertalak' dan sebagainya.

Bagi yang bersandarkan masa depan pula, ia adalah talak yang disebut untuk berlaku esok lusa atau sebulan dua lagi. Misalnya, suami menyebut 'engkau aku talak esok' atau "Oktober ini engkau tertalak". Dari sudut hukum, talak seperti ini sah dan berkuatkuasa mengikut masa yang disebutkan. Talak seperti ini jarang kita dengar di kalangan masyarakat Melayu-Islam Malaysia.

Yang ada di Malaysia ialah talak taklik atau talak bersyarat. Ini berlaku apabila suami melafazkan talak yang bergantung kepada berlakunya sesuatu perkara dan sebaik sahaja syarat itu berlaku, maka talakpun jatuh. Misalnya suami berkata 'jika awak pergi melawat ibu awak, maka kamu tertalak' atau 'apabila kamu hadir ceramah itu, kamu tertalak' atau 'jka saya pergi juga jumpa perempuan itu'. Semua ini adalah contoh talak taklik. Talak dijatuhkan atas syarat dan sebaik sahaja syarat yang disebut itu berlaku, maka talak pun jatuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman