Memaparkan catatan dengan label Akad Nikah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akad Nikah. Papar semua catatan

Selasa, 18 November 2014

Madu Ghaib: Status Poligami Sah Jika Penuhi Syarat, Rukun Nikah

Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
susanalbs@thestar.com.my
Sumber : mStar Online
Tarikh : 18/11/2014


Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Pernikahan berstatus poligami yang dijalankan di luar negara adalah sah daripada segi hukum agama Islam dengan syarat, setiap rukun dan nikah dipenuhi semua pihak terlibat.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadot berkata, jika pernikahan itu dilakukan dengan adanya wali perempuan (bapa) atau wakil iaitu adik-beradik (perempuan), saksi dan cukup syarat, maka pernikahan tersebut adalah sah.
Katanya, pernikahan tersebut juga sah jika ia dikendalikan oleh jurunikah yang mendapat tauliah daripada pihak berkuasa agama di sesebuah negara itu.
"Tetapi sekiranya pernikahan itu dilakukan oleh pihak berkuasa agama yang tidak bertauliah atau tidak cukup syarat ditetapkan, maka status pernikahan tersebut tidak sah," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan suami kepada salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu yang terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November selepas bernikah di negara jiran di utara tanahair.
Bagaimanapun, Noh berkata, individu yang ingin berpoligami sepatutnya menghantar permohonan tersebut ke mahkamah dan proses pernikahan pula mesti dilakukan di dalam negara.
"Semua individu yang memohon untuk berpoligami perlu bernikah di dalam negara. Kita ada peraturannya... mohonlah kepada mahkamah walaupun status isteri masih belum diketahui," katanya.
Sementara itu, peguam syarie, Datuk Amli Embong menyatakan pandangan berbeza mengenai kes poligami di mana akad nikahnya diadakan di luar negara.

Khamis, 25 September 2014

Kahwin cina buta

Oleh : DR. ARIEFF SALLEH ROSMAN
Sumber : Utusan Malaysia - Bicara Agama
Tarikh : 24/09/2014

PERUNDANGAN Islam menjelaskan, jika suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, maka mereka tidak boleh kembali menjadi suami isteri kecuali memenuhi syarat yang ditetapkan. 

Talak tiga boleh berlaku dalam beberapa keadaan iaitu;
Pertama, suami menceraikan isteri pada kali yang ketiga.
Kedua, suami melafazkan ‘saya ceraikan kamu dengan talak tiga’.

Jika suami sudah menceraikan isterinya dengan talak tiga, kemudian jika suami itu mahu kembali semula kepada isterinya, maka Islam meletakkan beberapa syarat:
1) Bekas isteri mestilah berkahwin dengan lelaki lain dengan akad nikah yang sempurna, selepas selesai tempoh iddahnya.
2) Bekas isteri sudah disetubuhi oleh suami baharunya.
3) Bekas isteri itu diceraikan oleh suami baharunya, sama ada suaminya itu meninggal dunia atau suaminya itu menceraikan wanita tersebut.

Ahad, 27 April 2014

Khutbah nikah jadi panduan layari perkahwinan - Peguam Syarie Menulis

Oleh : Zainul Rijal Abu Bakar
Sumber : Berita Harian
Tarikh : xx/05/2010

Ramai pasangan utamakan majlis mewah, kurang prihatin matlamat kahwin ikut syariat

APABILA tiba musim cuti sekolah ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri perkahwinan kerana pada musim cuti sebegini saudara mara dan sahabat handai mempunyai kelapangan memeriahkan hari bersejarah itu.

Ramai juga pasangan muda-mudi berdebar menghadapi saat penting upacara akad nikah. Debaran itu kadangkala menyebabkan mereka tidak boleh menjawab soalan naib kadi. Pertanyaan popular seperti rukun nikah pun sering hilang daripada ingatan. Pada majlis perkahwinan perlu kita membezakan adat dan ibadat. Dari kaca mata Islam, akad nikah lebih penting daripada kenduri kerana saat menjadi suami isteri ialah tatkala lafaz ijab dan kabul sempurna.

Ketika itu bermula layar bahtera perkahwinan suami isteri dan keluarga perlu diacu mengikut hukum syarak. Berapa ramai pengantin baru dan ahli keluarga yang menghantar pengantin memberi tumpuan kepada khutbah nikah yang disampaikan jurunikah?

Sebenarnya inti pati khutbah nikah amat bermakna dijadikan teladan dan sempadan dalam perkahwinan. Walaupun majlis perkahwinan dituntut dalam Islam, apalah gunalah jika wang dihabiskan untuk majlis mewah tetapi apabila hendak memulakan kehidupan seharian, raja sehari terpaksa meminjam dan meminta daripada orang lain. Ini membawa implikasi besar kerana menyara keluarga adalah tanggungjawab suami sepenuhnya. Tiada guna bermegah dengan majlis mewah tetapi perkahwinan tidak dapat bertahan kerana masalah kewangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman