Khamis, 27 Disember 2012

Ibu lebih utama jaga anak

Oleh Musa Awang
Sumber : Harian Metro
Tarikh : 27/12/2012

SEBAHAGIAN daripada kes hadanah (hak jagaan) anak di Mahkamah Syariah difailkan bapa, walaupun dalam sesetengah kes, anak yang dituntut masih di bawah umur mumaiyiz (umur kecerdikan).

Mahkamah tidak boleh menghalang seseorang membuat tuntutan, namun sebelum sesuatu tindakan dibuat, bapa perlu tahu adakah mereka berhak terhadap hadanah anak yang masih kecil.

Dari sudut bahasa, hadanah diambil daripada perkataan al-hidn yang bererti rusuk atau dada, kerana kebiasaannya kanak-kanak akan didukung pada rusuk atau dada.

Dari sudut syarak, mazhab al-Shafie mendefinisikan hadanah sebagai menjaga orang yang tidak boleh bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara yang menyakitkan kerana dia tidak mumaiyiz, seperti kanak-kanak dan orang dewasa yang gila.

Juga, dengan mendidik orang itu dengan perkara yang memberi maslahah kepadanya sama ada berkaitan pemeliharaan makanan atau minuman.

Hukum hadanah ke atas kanak-kanak adalah wajib, kerana mengabaikannya bererti membiarkannya kepada bahaya dan kebinasaan. Justeru, apabila ibu dan bapa tinggal berasingan atau berlaku perceraian, Mahkamah Syariah perlu memutuskan hadanah kepada salah seorang ibu atau bapa atau kepada seseorang yang lain.

Khamis, 13 Disember 2012

Tebus talak tidak jatuh martabat wanita

Sumber : Utusan Malaysia
Oleh : NOOR FAZRINA KAMAL
Tarikh : 13/12/2012

ADA yang memandang rendah atau prejudis terhadap wanita yang membuat tuntutan perceraian melalui tebus talak.

Ini kerana pihak isteri yang meminta perceraian dan suami boleh meletakkan 'harga' untuk 'melepaskan' isteri terbabit.

Sudah banyak kes termasuk terbaru membabitkan pasangan selebriti, Jimmy Shanley dan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang sah bercerai talak satu secara khuluk (tebus talak) berjumlah RM1 di Mahkamah Rendah Syariah.

Bagi yang melihat secara sinikal, jumlah RM1 bagai satu penghinaan terhadap isteri seolah harga dirinya serendah itu.

Hakikatnya, itu bukan sesuatu yang salah, tetapi dibenarkan dalam Islam di mana tebus talak merupakan pilihan kepada wanita yang berhadapan dengan kemelut rumah tangga.

Tebus talak atau dalam bahasa Arab disebut khuluk iaitu berasal daripada kata-kata khala'a al-thauba yang bermaksud menanggalkan pakaian.

Khuluk adalah pembubaran perkahwinan yang dilakukan oleh pihak isteri dengan membayar ganti rugi kepada suami.

Ataupun, pembubaran perkahwinan melalui satu pembayaran yang dibuat oleh isteri kepada suami untuk melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan.

Rabu, 12 Disember 2012

Bila cinta bertukar benci

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 12/12/2012

SUDAH berminggu-minggu saya menulis mengenai nafkah, terutama nafkah isteri. Saya turunkan nas daripada al-Quran dan hadis mengenai nafkah dan kewajipan membayar nafkah yang dipikul suami.

Jika semua suami tahu tanggungjawab mereka dalam hal nafkah, maka tiadalah kes nafkah naik turun mahkamah. 

Jika semua suami yang diperintahkan membayar nafkah itu membuat bayaran secara potong gaji atau secara tetap ke dalam akaun bank isteri, maka tiadalah isteri yang terpaksa meminta-minta dari Baitulmal atau zakat untuk membiayai diri dan anaknya.

Jika semua suami tahu bahawa perkara pertama yang akan Allah tanya kepadanya semasa hari pengiraan nanti ialah tentang tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya, saya pasti semua suami akan bertanggungjawab dan membayar nafkah tanpa perlu ke mahkamah dan diperintahkan oleh mahkamah.

Jika semua suami faham hukum Allah dan taat serta mentakuti Allah, saya pasti tidak perlu menulis mengenai nafkah dalam ruangan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman