Tarikh : 13/12/2014
ORANG yang suka mengamuk tanpa usul periksa mungkin dikaitkan dengan masalah mental atau tertekan kerana tidak boleh melihat orang lain lebih daripada dirinya. Ada dalam kalangan mereka yang tiba-tiba menjadi ganas dan mengamuk kerana terlalu emosi dengan apa yang dilalui disebabkan tidak dapat mengawal tekanan yang dihadapi.
Bagaimana pula jika isteri atau suami mengamuk di rumah gara-gara tidak mendapat apa yang mereka hajati?. Bukan rekaan tetapi inilah hakikat yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Kepada saya, Salman (bukan nama sebenar) berkongsi kisah yang berlaku dalam rumah tangganya untuk teladan bersama. Ingin tahu kisahnya, kita ikuti kisah menarik ini seperti mana diceritakan oleh Salman.
“Saya seorang pegawai di
sebuah syarikat insurans dan telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Salbiah (bukan nama
sebenar) dan dikurniakan tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki berusia antara lapan hingga 17 tahun.
“Isteri saya seorang wanita yang baik, isteri yang taat dan ibu yang penyayang. Dia bekerja
di sebuah syarikat insurans.
“Bagaimanapun di sebalik perangainya yang baik itu, tersembunyi satu sikap yang saya tidak suka. Dia sangat baran dan suka mengamuk dan tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya dalam apa juga perkara terutama rakan atau saudara wanita.

“Disebabkan perangainya yang buruk itu, saya terpaksa menanggung pelbagai keadaan untuk menanganinya secara berhemah tanpa mengganggu hubungan dengan kawan-kawan atau saudara mara.
“Puas sudah saya menasihatinya supaya jangan selalu menyalahkan orang lain sekiranya nasib menyebelahi mereka dalam apa juga perkara, namun dia sukar
menerima nasihat
sehingga menyusahkan saya.“Saya juga sering menerima aduan daripada majikannya yang kurang senang dengan tindakan Salbiah mengamuk di pejabat jika tidak berpuas hati dengan sesuatu.
sehingga menyusahkan saya.“Saya juga sering menerima aduan daripada majikannya yang kurang senang dengan tindakan Salbiah mengamuk di pejabat jika tidak berpuas hati dengan sesuatu.
“Sebagai suami, saya berasa malu dengan perangainya yang menjadi-jadi walaupun usianya hampir mencecah setengah abad. Pernah dalam satu kejadian, Salbiah pulang ke rumah dari kerja dalam keadaan muka masam dan mengurung dirinya di dalam bilik.
“Bukan setakat mengurung diri di dalam bilik tetapi juga membaling kain baju dalam almari ke lantai. Habis berselerak barang-barang di dalam bilik kerana marah dengan seorang rakan sekerjanya yang dinaikkan gaji.
“Disebabkan anak-anak kami sudah remaja dan mereka boleh menguruskan diri sendiri, maka saya diamkan sahaja tindakan ‘bodohnya’ itu. Syukur kerana anak-anak sudah mampu melakukan urusan rumah seperti memasak dan mengemas.
“Mereka faham benar dengan sikap ibu mereka yang selalu memeningkan kepala itu. Jika disapa atau ditegur sikapnya itu, maka akan menjadi angin puting beliung seluruh rumah.
“Saya sangat malu dengan sikapnya itu dan tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan supaya dia berubah. Sampai bila harus saya bersabar? Pada masa yang sama, saya juga terpaksa menanggung malu dengan sikapnya itu di mata kawan-kawan, saudara mara dan
majikannya.“Syukur kerana anak-anak tidak mewarisi perangai ibu mereka. Terkadang saya risau juga kerana mereka lebih rapat dengan saya dan tidak langsung menghiraukan ibu mereka sehingga segala masalah dikongsi dengan saya.

“Pada hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-30, saya cuba membuat kejutan.
“Kami sekeluarga berpakat untuk meraikannya dengan mengadakan majlis doa selamat.
Pada hari itu, saya mengambil cuti untuk menguruskan majlis kenduri tersebut.“Kami tidak memberitahu rancangan ini kepada Salbiah dan seperti biasa setelah isteri saya ke pejabat, saya dan anak-anak mengadakan persiapan majlis. Walaupuna anak-anak saya tidak mahir memasak, saya tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai sumber rujukan untuk dipelajari.

“Saya berdoa agar majlis ini akan mengubah sikap Salbiah supaya menjadi lebih baik.
‘Ayah, kami bersyukur kerana mempunyai seorang ayah yang sangat penyabar dan tidak pernah marah-marah tanpa sebab seperti ibu.’ Tiba-tiba anak bongsu saya meluahkan apa
yang terpendam ketika kami sedang memasak.
“Saya sebak dan terdiam seketika dengan luahan rasa anak-anak yang selama ini mereka pendam, malah mereka langsung tidak pernah berbincang dengan saya tentang perasaan mereka itu.

“Hilang penat saya dan hati saya merasa terhibur dengan keletah anak-anak yang pelbagai ragam ketika kami sama-sama menyediakan juadah untuk majlis tersebut.
“Kira-kira pukul enam petang, isteri saya sampai ke rumah dan agak terkejut dengan persiapan majlis yang kami rancang tanpa pengetahuannya. Mungkin disebabkan majlis yang berlangsung, Salbiah nampak ceria walaupun masih dalam situasi murung kerana
masalah yang tercetus di pejabatnya.“Kami menjemput jiran-jiran terdekat dan majlis bermula selepas waktu Maghrib. Seronok saya sebab ramai jiran dan sahabat terdekat kami yang hadir.
masalah yang tercetus di pejabatnya.“Kami menjemput jiran-jiran terdekat dan majlis bermula selepas waktu Maghrib. Seronok saya sebab ramai jiran dan sahabat terdekat kami yang hadir.
Majlis bermula dengan bacaan doa selamat yang dibacakan anak sulung kami dan seterusnya juadah disajikan.
“Salbiah memuji kebolehan anak-anaknya yang selama ini tidak pernah dia fikir mampu
menguruskan majlis seperti itu.
Sambil menikmati juadah, anak bongsu saya, Helmi (bukan nama sebenar) yang berusia lapan tahun menyampaikan sajak bertajuk ‘Kami sayang ayah dan ibu’…“Ramai yang menitiskan air mata bila mendengar sajak tersebut yang antara lain berbunyi ‘Kami dibelai dengan penuh kasih sayang, ayah dan ibu, jangan kami disia-siakan kerana masih jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi bersama…’

“Saya lihat Salbiah mengesat air matanya kerana sedih..., dia teresak-esak menangis sebaik sahaja sajak itu selesai dibacakan oleh anak kami. Tentunya tiada hadiah yang paling
berharga diberikan kepada ibu mereka melainkan peluk dan ciuman sayang.
“Kami anak-beranak berpelukan sambil menangis. Mulai hari itu, Salbiah berubah menjadi seperti yang saya impikan, seorang isteri dan ibu yang tidak mementingkan diri.

“Benarlah kata orang, kasih sayang ada masanya dapat menjadikan seseorang itu insaf dan berubah. Itulah yang terjadi kepada Salbiah. Hidup ini berliku-liku, mereka yang sabar dan hebat sahaja berjaya mengharungi ranjau dan onak untuk keluar daripada tabiat buruk yang dimiliki.
“Anak-anak antara insan terpilih yang Allah anugerahkan rahmat dan kasih sayang. DIA yang mengatur segala-galanya. Salbiah menjadi lebih baik seperti mana yang sering saya
panjatkan dalam doa setiap kali sujud menyembah-Nya.“Alhamdulillah, kini saya rasa keluarga saya telah memperoleh sesuatu yang sangat berharga dalam hidup kami. Saya mendapat seorang isteri yang solehah, anak-anak mendapat ibu yang penyayang yang sekali gus melengkapkan kebahagiaan dalam rumah tangga saya. Semoga bahagia ini kekal hingga ke syurga.’’ Begitu Salman menamatkan ceritanya.

Tahniah saya ucapkan kepada Salman kerana berjaya menyatukan keluarga dan mengubah isterinya menjadi lebih baik. Sikap Salman dan anak-anak patut dicontohi oleh keluarga lain yang mungkin sedang mengalami masalah yang sama.
Kesabaran Salman dan anak-anaknya menangani masalah ini membantu mereka memperoleh bahagia yang diidamkan sekian lama. Semoga mereka sentiasa dalam rahmat
Allah.
Menamatkan catatan, pesanan saya, manusia akan berubah apabila sampai waktunya tanpa dipaksa kala Allah membuka pintu hatinya untuk menjadi yang lebih baik.
Salam
Allah.
Menamatkan catatan, pesanan saya, manusia akan berubah apabila sampai waktunya tanpa dipaksa kala Allah membuka pintu hatinya untuk menjadi yang lebih baik.
Salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan