Jumaat, 5 Disember 2014

Rumah tangga Romie, Nur Liyana bakal berakhir

Oleh : TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
Sumber : Sinar Harian
Tarikh : 04/12/2014

SHAH ALAM - Pergolakan rumah tangga bekas kekasih seorang pelakon, Romie Razin Adilha Abd Jais, bakal menemui titik nokhtah pada Selasa depan.

Peguam yang mewakili Romie, 34, Rubiah Jaafar memohon penangguhan prosiding kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum permohonan cerai secara baik yang difailkan plaintif, Nur Liyana Abdul Manan diputuskan.

"Ada beberapa perkara yang mahu dibincangkan dan diselesaikan secara muktamat," katanya.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Azmi Aziz membenarkan permohonan penangguhan prosiding itu.

Di luar mahkamah Rubiah memberitahu, antara perkara yang akan dibincangkan adalah hak penjagaan anak dan sebagainya.

Nur Liyana yang diwakili peguamnya, Siti Noraira Mat Johar memfailkan penceraian secara baik pada 15 September lalu  mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga pasangan  ahli perniagaan itu menjadi tumpuan ramai selepas Romie, didakwa menjalinkan hubungan dengan pelakon muda, Hanez Suraya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman