Rozana Misbun
Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain menetapkan tarikh tersebut selepas peguam syarie, Nor Azmi Mohd. Arif yang baru dilantik oleh Rozana, 36, memberitahu bahawa Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEINPP), Yusoff Abu Bakar bersedia untuk hadir ke mahkamah dan memberi keterangan secara lisan pada tarikh itu.

Peguam tersebut turut membe­ritahu, pihaknya akan memohon sapina untuk pegawai terbabit.

Hakim Mohd. Amran ketika merekodkan tarikh pendengaran itu memberitahu, mahkamah perlu memutuskan mengenai kesahihan sijil nikah terlebih dahulu memandangkan perkara itu mempunyai kaitan dengan kes-kes yang difailkan oleh pasangan terbabit terutamanya dalam prosiding hak penjagaan anak-anak mereka.


Advertisement
Sepanjang pernikahan mereka, Awie dan Rozana dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Me­rrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan permohonan Awie untuk mendapat hak penjagaan sementara terhadap ketiga-tiga anak mereka.

Pada prosiding hari ini, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, serta peguam­nya tidak hadir ke mahkamah.










Menurut laporan akhbar sebelum ini, adik kepada pelakon Haliza Misbun itu meragui kesahihan sijil nikah tersebut selepas JHEINPP pada 4 Julai lalu, memaklumkan surat perakuan nikah pasangan itu tidak terdapat dalam Daftar Perkahwinan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Pulau Pinang.

Mengikut laporan tersebut, Rozana memberi­tahu, mereka berdua berkahwin pada 20 Jun 2005 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Selatan Thailand dan pernikahan tersebut sehingga kini tidak pernah didaf­tarkan di negara ini.

Berikutan itu, dia mendakwa Awie telah mengemukakan surat perakuan nikah palsu dalam afidavit sokongannya ketika prosiding hak penjagaan anaknya berlangsung.














Awi turut menghadapi satu pertuduhan mencederakan isterinya itu di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini dan kes tersebut akan mula dibicarakan pada 13 dan 14 Januari 2015.