Oleh : Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Sumber : Harian Metro
Tarikh : 26/02/2015
Seremban: Gara-gara menolak permintaan bekas suami untuk rujuk semula, seorang wanita menerima padah apabila disepak dan ditumbuk lelaki terbabit dalam kejadian di rumahnya di Sikamat, di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian jam 8.30 malam itu, wanita lingkungan 30-an itu sedang berehat di ruang tamu rumahnya sebelum didatangi bekas suami lingkungan 40-an.
Sumber berkata, mangsa yang juga pekerja sebuah restoran pada awalnya enggan melayan lelaki itu, namun lelaki itu dikatakan merayu supaya rujuk semula.
“Ketika itu berlaku pertengkaran kerana mangsa menolak permintaan bekas suaminya itu. Berikutan itu, suspek bertindak ganas apabila menendang leher mangsa.
“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut ditumbuk dua kali di pipi menyebabkannya dia terjatuh di ruang tamu dan cedera,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian beredar meninggalkan bekas isterinya yang mengalami bengkak di muka dan leher.
“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, pagi tadi (semalam) sebelum membuat laporan di Balai Polis Sikamat,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Artikel-artikel yang dijumpai oleh pemilik blog ini yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. Semoga ianya bermanfaat, insyaAllah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Talian NUR 15999
Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan