Oleh : Hanisah Selamat dan Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
Sumber : Berita Harian
Tarikh : 27/02/2015
KUALA LUMPUR: Isteri Awie, Rozana Misbun menyifatkan dakwaan penyanyi
itu beliau 'merompak' anak-anak mereka dari sekolah pada 9 Februari
lalu sebagai tidak masuk akal.
Rozana berkata, istilah 'merompak' tidak boleh diguna pakai dalam insiden berkenaan.
"Ia langsung tidak relevan. Anak-anak adalah darah daging saya. Saya ibu kandung mereka.
"Cuba fikir, macam mana saya mahu memaklumkan kepada dia terlebih
dulu. Ini kerana setiap kali saya beritahu mahu mengambil anak-anak,
mereka akan sepantas kilat dibawa lari.
"Tidak perlu dia (Awie) canang di media mengenai keraguan terhadap
polis berpakaian preman. Rujuk saja ke Balai Polis Melawati untuk
mendapatkan butiran anggota terbabit," katanya ketika dihubungi BH di
sini, malam tadi.
Rozana berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Awie
atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman yang mendakwa Rozana mengambil dua
anak mereka, Putra Ahmad Rezzki, 7; dan Puteri Qasseh Antasha, 5, tanpa
pengetahuannya.
Awie menggunakan istilah 'rompak' ketika menjelaskan tindakan isterinya itu mengambil anak mereka dari sekolah.
Sebelum ini, mahkamah memutuskan hak penjagaan tiga anak termasuk
anak sulung, Putra Ahmad Merah, 8; diserahkan kepada Rozana hingga
perintah kekal hak jagaan dikeluarkan.
Terdahulu, Awie mendapat hak
jagaan sementara secara ex-parte daripada mahkamah.
Mengulas dakwaan Rozana tidak menghantar Putra Ahmad Rezzki dan
Puteri Qasseh Antasha ke sekolah sejak hari mereka diletakkan di bawah
jagaannya, Rozana menjelaskan, proses pertukaran sekolah tertangguh
berikutan masalah sijil kelahiran.
"Memang mereka akan ditukarkan ke sekolah lain. Tetapi urusan
pertukaran tergendala disebabkan surat beranak mereka tidak lagi sah
diguna pakai selepas Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan
mendapati sijil nikah kami palsu.
"Apabila sijil nikah palsu digunakan, secara automatik surat
beranak atau sijil kelahiran anak-anak tidak lagi sah daripada segi
undang-undang. Bagi saya, tidak perlu beriya-iya hantar anak ke sekolah
swasta.
"Sekolah bukan penentu utama kejayaan anak-anak. Asuhan ibu bapa lebih penting," katanya.
Kemelut rumah tangga Awie dan Rozana tercetus sejak tahun lalu.
Difahamkan, pada hari Awie merancang membuat bantahan mengenai keputusan
hak penjagaan sementara kepada isterinya, dua daripada tiga anaknya
diambil Rozana.
Artikel-artikel yang dijumpai oleh pemilik blog ini yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. Semoga ianya bermanfaat, insyaAllah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Talian NUR 15999
Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan