Oleh : Ustaz Haslin Baharim
Sumber : Harian Metro
Tarikh : 28/12/2014
Saya sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata. Di awal perkahwinan, hubungan suami isteri sangat baik. Namun apabila suami mengalami kerugian dalam perniagaan, dia berubah sikap dan menjadi baran sama ada terhadap saya mahupun anak.
Apakah hukumnya jika saya menemui pengamal perubatan Islam untuk mendapatkan air bacaan al-Quran sebagai pelembut hati suami? Adakah perkara ini dibolehkan?
SHIMA
Bentong
Anda perlu memahami konsep perubatan Islam iaitu satu ikhtiar penyembuhan penyakit jasmani dan spiritual berdasarkan hukum syarak oleh orang yang mahir dengan kaedah rawatan (seperti doktor dan pengamal perubatan) dan dilakukan semata-mata kerana Allah (ikhlas).
Konsep perubatan Islam sangat luas. Pelbagai penyakit fizikal atau spiritual boleh dirawat melalui kaedah pengubatan Islam.
Kaedah ini termasuk menggunakan doa tertentu yang diambil daripada al-Quran dan hadis serta amalan al-Salaf al-Soleh. Bahan tertentu yang halal di sisi syarak boleh juga digunakan dalam rawatan ini.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Kami menurunkan daripada al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman." (Surah al-Isra', ayat 82)
Rasulullah bersabda: "Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk sesuatu penyakit, akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah 'azza wajalla." (hadis Riwayat Muslim)
Oleh itu ikhtiar berjumpa doktor, pengamal perubatan, pakar psikologi, makan ubat dan berdoa, termasuk juga rawatan Islam.
Dilarang berjumpa ahli sihir atau pengamal yang mengunakan jin. Asasnya berusaha berdasarkan kemampuan dan berdoa yang tidak berlawanan dengan syariat Islam. Dengan konsep yang luas ini, ini saja pilihan yang dibenarkan dalam Islam.
Berusaha dan ikhtiar dengan rawatan yang bertepatan dengan kehendak Islam. Semoga keluarga puan kembali bahagia dan ceria.
Artikel-artikel yang dijumpai oleh pemilik blog ini yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. Semoga ianya bermanfaat, insyaAllah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Talian NUR 15999
Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan