Oleh : Ustaz Haslin Baharim
Sumber : Harian Metro
Tarikh : 01/03/2015
Saya berselisih faham dengan isteri lantas menghantar mesej berbunyi: “Saya dah membuat keputusan untuk menceraikan awak nanti, cuma saya memerlukan kekuatan untuk melaksanakannya.”
Soalannya, adakah lafaz itu boleh menjatuhkan talak? Jika tidak jatuh, adakah saya perlu menceraikan isteri nanti kerana dalam mesej saya mengatakan demikian? Niat saya ketika menghantar mesej itu bukan mahu bercerai ketika itu juga.
Bagaimana pula jika saya tidak jadi menceraikan isteri? Malah, isteri turut bertanya saya sama ada jatuh talak atau tidak.
Oleh kerana was-was dengan mesej itu, saya mengatakan kepadanya saya sudah melafazkannya, sedangkan saya sendiri tidak tahu adakah mesej itu membuatkan jatuhnya talak atau tidak.
Adakah dengan mengatakan saya sudah melafazkannya membuatkan talak itu jatuh, sedangkan niat sebenar saya tidak mahu menjatuhkan talak ketika itu?
FAUZI, Melaka
Kuasa menceraikan isteri terletak pada suami. Berdasarkan mesej yang dihantar, ia menunjukkan saudara mengugut mahu menceraikannya pada masa akan datang.
Perkataan itu jelas tidak bermaksud menceraikan isteri pada ketika itu, dan perkataan ini dikaitkan dengan kekuatan untuk menceraikan.
Oleh itu saudara berhak yakin dengan sungguh-sungguh bahawa penceraian tidak berlaku kerana tiada lafaz cerai ketika itu, dan tiada niat untuk bercerai. Justeru, jika berlaku perselisihan dalam rumah tangga, selesaikan mengikut Islam.
Jika berselisih faham, sewajarnya saudara merujuk pada pejabat agama untuk mendapatkan nasihat sebelum melakukan perkara yang menyebabkan saudara menjadi terkeliru. Jangan guna lagi perkataan sebegitu mahupun sebagai ugutan.
Rujuklah firman Allah SWT jika saudara berselisih faham yang bermaksud: “Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan nusyuz (derhaka) hendaklah kamu menasihati mereka, dan jika mereka berdegil, pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya) kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (surah an-Nisa, ayat 34)
Semoga keluarga saudara terus bahagia.
Artikel-artikel yang dijumpai oleh pemilik blog ini yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. Semoga ianya bermanfaat, insyaAllah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Talian NUR 15999
Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan