Sabtu, 7 Mac 2015

Nikah secara teleconference

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 20/02/2015


Keberadaan secara fizikal adalah lebih baik


Apakah hukum bernikah menggunakan teleconference? Adakah nikah sah melalui kaedah ini?

JAWAPAN:

Sesuatu akad nikah perlu memenuhi rukun nikah. Dalam mazhab Syafie dan majoriti ulama, ada lima rukun nikah. Rukun nikah itu ialah pengantin lelaki, pengantin wanita, dua orang saksi, wali nikah dan lafaz ijab kabul. Apabila sesuatu akad nikah memenuhi rukun nikah, maka akad nikah itu dihukum sebagai sah.

Dalam pernikahan melalui teleconference, ia merujuk kepada keadaan yang berbeza tempat. Contohnya pengantin wanita bersama walinya dan dua saksi di bandar A manakala pengantin lelaki di Australia. Akad nikah dilakukan.

Dalam hal ini, adakah ia menepati konsep satu majlis? Maka para ulama berbeza pendapat dalam hal ini. Ada ulama berpendapat bahawa maksud satu majlis ialah kehadiran fizikal. Namun ada ulama berpendapat bahawa tidak perlu kehadiran fizikal antara semua pihak yang terlibat dalam akad nikah.



Dalam hal ini, adalah lebih baik jika akad nikah dilakukan di mana semua pihak berada secara fizikal pada satu tempat. Ini lebih meyakinkan dan dapat mengelak penipuan. Kemungkinan ada yang menyamar dan sebagainya boleh berlaku. Dengan keberadaan dalam satu majlis secara fizikal, pengesahan dapat dilakukan dengan lebih baik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman