Sumber : Sinar Harian
Tarikh : 17/02/2015
PELAKON, Datuk Eizlan Yusof sah bercerai dengan
isterinya Datin Vie Santie Harun selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Timur semalam, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu pada 28
September tahun lalu adalah sah.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin mengesahkan penceraian itu, selepas
meneliti dokumen serta berpuas hati dengan keterangan plaintif dan
defendan selain mengambil kira keterangan saksi melalui afidavit yang
dikemukakan.
Sementara itu, Peguam Zulkifli Che Yong mewakili Vie Santie memaklumkan
mahkamah, Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku
defendan melafazkan talak kepada Vie Santie, 28, selaku plaintif pada 28
September 2014 kira-kira jam 11 malam.
Zulkifli berkata, defendan mengingati kata-katanya ketika melafazkan
“aku lepaskan kau, aku tak nak kau lagi, kau ambil surat di Jawi aku
sain (tanda tangan)."
Menurutnya, lafaz itu dibuat lanjutan permintaan plaintif yang meminta defendan menceraikan plaintif.
“Plaintif dan defendan bersetuju hak jagaan anak-anak diberikan kepada
plaintif selaku ibu kandung, manakala defendan diberi hak lawatan dan
hak bermalam.
"Plaintif bersetuju menyerahkan kepada budi bicara defendan untuk nafkah edah, serta tidak menuntut mutaah,” katanya.
Artikel-artikel yang dijumpai oleh pemilik blog ini yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. Semoga ianya bermanfaat, insyaAllah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Talian NUR 15999
Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan