Isnin, 9 Mac 2015

Batasan dengan bukan mahram

Oleh : Ustaz Haslin Baharim
Sumber : Harian Metro
Tarikh : 18/01/2015

Saya mempunyai teman lelaki yang juga anak kepada kenalan keluarga. Setiap kali keluar bersama, kami akan mendapatkan kebenaran ibu bapa dan mereka membenarkannya. Adakah pertemuan seperti ini tidak dibenarkan dalam Islam?

Tambahan pula, kami tidak pernah melebihi batasan agama seperti berpegangan tangan mahupun berduaan di kawasan yang menimbulkan fitnah.

MAS
Masjid Tanah, Melaka

Hukum asal pergaulan lelaki dan perempuan adalah haram, kecuali perkara yang dibolehkan. Walaupun mendapat kebenaran ibu bapa, ia tetap tidak dibenarkan melainkan ada bersama mahram dan jelas terhindar daripada maksiat.

Bertakwalah kepada Allah SWT apabila Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Begitu juga dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana syaitan akan hadir sebagai orang ketiga." (Hadis Riwayat Ahmad)



Begitu juga larangan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah selepas hari ini (walau) seorang pun lelaki masuk ke dalam (rumah) seorang wanita ketika suaminya tiada melainkan jika ia bersama seorang atau dua orang yang lain." (Hadis Riwayat Muslim)

Dinasihatkan supaya bersabar dalam menjalin hubungan yang diredai Allah SWT dan ikat hubungan ini dengan perkahwinan.

Adakah saudari boleh meyakini mereka yang biasa melanggar perintah dan larangan Rasulullah SAW akan menjaga janjinya dengan manusia? Semoga Allah memberkati hubungan saudari.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman