Rabu, 4 Mac 2015

Dalam proses penceraian

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 17/02/2015

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang isteri apabila mengetahui suaminya ditangkap khalwat bersama janda berusia 25 tahun yang juga jiran ibunya dalam kejadian di sebuah kondominium di Taman Sri Gombak, di sini, petang kelmarin.

Wanita berusia 40 tahun itu berkata, hatinya hancur apabila mengetahui suaminya tergamak melakukan perbuatan jijik itu bersama wanita lain tambahan pula janda berkenaan jiran kepada ibunya yang menetap di sebuah pangsapuri di Sri Gombak.

“Ibu kepada janda itu berkawan baik dengan ibu saya, malah mereka saling mengenali antara satu sama lain.

“Tidak sangka, selama ini mereka menjalinkan hubungan, malah sehingga ke bilik tidur,” katanya mengakui dalam proses perceraian bersama suaminya itu.

Wanita itu berkata, hubungannya dengan suaminya semakin retak sejak setahun lalu dan ia semakin memuncak sejak awal tahun ini gara-gara pihak ketiga.

“Sekiranya saya bertanya mengenai hubungannya dengan wanita lain, dia (suami) akan marah, malah membelasah saya dengan teruk.


“Bulan lepas, saya turut dihentak dengan telefon bimbit kerana cuba membaca mesej pesanan ringkas (SMS) dalam telefonnya.

“Bila didesak, suami tidak mengaku curang sehinggalah saya diberitahu dia tangkap khalwat,” katanya yang pernah membuat laporan polis berhubung tindakan suaminya.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia reda dengan apa yang berlaku walaupun suaminya tergamak menduakannya selepas 12 tahun hidup bersama.

“Saya hanya berserah kepada takdir, kalau perpisahan menjadi penyelesaian, saya reda demi kebaikan saya dan anak,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman