Oleh : MERAN ABU BAKAR
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 04/02/2015
Tidak menjenguk suami sehingga menghembuskan nafas terakhir
BIASANYA hanya isteri, ibu atau bapa sahaja yang meluahkan keluhan, masalah atau rintihan yang dihadapi. Namun minggu ini kisah yang dipaparkan ialah kisah mengenai seorang remaja yang menceritakan masalahnya kerana tidak tahu lagi dengan siapa dia hendak mengurangkan bebanan perasaan atau tekanan yang dihadapinya.
Aqila (bukan nama sebenar) merupakan seorang remaja berumur 17 tahun. Dia baharu sahaja mengambil peperiksaannya pada tahun lepas. Kini Aqila sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan keluar tidak lama lagi.
Menurut Aqila, tujuan menceritakan kisahnya ini bukan kerana hendak memalukan ibunya tetapi hanya untuk berkongsi. Mana tahu mungkin dengan tersiarnya kisah ini bebanan perasaan yang ditanggung akan berkurangan atau ibunya akan tersedar daripada kesilapan lalu.
Kata Aqila melalui tulisannya, dia adalah anak tunggal. Ibu bapanya merupakan pasangan yang sangat bahagia, sentiasa berkasih-sayang dan tidak pernah mempunyai masalah rumahtangga.
Bapanya bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan dan ibunya pula suri rumahtangga.
Perkahwinan ibu bapanya adalah atas pilihan sendiri dan mendapat restu daripada keluarga kedua-dua pihak.
Dipendekkan cerita, semasa Aqila berada di tingkatan empat, bapanya telah diserang strok. Bapanya segera dibawa ke hospital. Pada masa itu, bapanya telah koma dan doktor cuba merawat sebaik mungkin.
“Empat hari bapa saya koma dan emak sentiasa menemani ayah. Emak nampak begitu risau dan sedih kerana secara tiba-tiba sahaja ayah terjatuh semasa hendak berjalan ke dapur dan terus tidak sedarkan diri.
“Sebelum ini ayah merupakan seorang yang sihat dan tidak pernah menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya.
“Setelah mendapatkan pemeriksaan, doktor mengatakan tekanan darah ayah terlalu tinggi dan ini yang menyebabkan dia terjatuh dan terus koma.
“Setelah ayah sedar, dia masih mendapatkan rawatan di hospital selama seminggu. Doktor mengatakan ayah perlu mendapatkan pemerhatian rapi serta rawatan fisioterapi supaya aliran darahnya lancar dan dapat bergerak seperti sediakala.
“Emak berjanji akan menjaga ayah dengan sebaik-baiknya dan melakukan seperti apa yang diberitahu oleh doktor. Kata emak, sebagai isteri, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga apabila suami sakit.
“Kepada keluarga sebelah ayah pun emak berkata demikian dan dia tidak akan mensia-siakan ayah kerana walaupun ayah sakit namun dia tetap sayangkan ayah.
“Pada awalnya memang emak menjaga ayah dengan baik. Setiap pagi dia akan memandikan ayah, menukar lampin pakai buang ayah, memberi makan dan seterusnya akan mengurut kaki, tangan dan badan ayah perlahan-lahan.
“Begitulah rutin emak menjaga ayah. Dia tidak pernah marah dan sentiasa melayani kehendak ayah jika ayah hendakkan makan atau minum. Seminggu sekali, emak akan membawa ayah keluar bersiar-siar mengambil angin,” kata Aqila.
Tambahnya, bagaimanapun emak berubah sedikit demi sedikit. Dia mula marah-marah kepada ayah dan tidak lagi mengambil berat terhadap ayah seperti dahulu.
Walaupun setiap hari dia akan menyediakan makanan dan memberi ayah makan, membersihkan ayah namun segala yang dibuat adalah seperti tidak ikhlas lagi. Dia sentiasa merungut, marah-marah dan kadang-kadang menengking ayah.
Ayah faham emak telah berubah. Walaupun dia tidak boleh bercakap namun daripada gerak tubuh emak dia tahu bahawa emak marah kepadanya. Kadang-kadang terlihat air matanya meleleh di pipi.
Kata Aqila, dia perasan akan perubahan emaknya. Dia sentiasa memerhatikan perangai emaknya. Kadang-kadang dia menegur juga emaknya supaya jangan terlalu kasar dengan ayahnya. Emaknya hanya diam sahaja.
Ujarnya, pada mulanya dia menyangka perubahan emaknya itu mungkin kerana emaknya terlalu penat. Ada masanya kita penat, tertekan, tidak cukup rehat dan mungkin juga bosan.
Namun emaknya juga yang telah berjanji untuk menjaga ayah semasa di hospital dahulu. Tidak mungkin emaknya telah lupa. Sebagai isteri, tidak elok jika emaknya tidak menjaga ayah dan melayan ayah dengan cara terpaksa.
“Saya seperti biasa pergi ke sekolah dan tidak tahu apa yang berlaku selepas saya ke sekolah. Suatu hari, ibu saudara saya, iaitu adik kepada emak memberitahu bahawa emak telah banyak berubah,” katanya.
Artikel-artikel yang dijumpai oleh pemilik blog ini yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. Semoga ianya bermanfaat, insyaAllah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Talian NUR 15999
Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan