Rabu, 12 November 2014

Raja Azmi & Eddie Bercerai Talak Satu

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my

Sumber : MStar Online
Tarikh : 11/11/2014

AMPANG: Masalah rumah tangga produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman dengan suaminya Mohd Eddie Ghazali tidak dapat diselamatkan apabila kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa.

Lafaz cerai dilakukan oleh Mohd Eddie, 46, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.05 petang.

Shaiful Azli kemudiannya memerintahkan Raja Azmi, 55, menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula dari tarikh lafaz cerai di buat iaitu pada Selasa.


Kedua-dua pasangan itu datang ke mahkamah bersama kira-kira pukul 2.30 petang dan mereka dilihat tidak bermasam muka.

Eddie yang memakai baju kemeja ungu manakala Raja Azmi tampil berbaju kurung hijau dengan padanan tudung hitam itu juga tidak kisah melayan kehendak media yang meminta mereka bergambar bersama.
Bagaimanapun Eddie kelihatan sebak sebelum membuat lafaz cerai tersebut.

Selepas lafaz dibuat di dalam kamar, Raja Azmi berkata dia berasa lega apabila masalah rumah tangga yang dilalui beberapa bulan lalu akhirnya selesai dengan cara baik.

"Diakui, saya sedikit sedih kerana perkahwinan kedua saya kali ini hanya dapat bertahan tidak sampai setahun pun.


"Tetapi saya percaya setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Kami pun berpisah dengan cara baik dan masih lagi bersahabat," ujarnya.

Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.

Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman