Khamis, 13 November 2014

Belasah lagi selepas cerai

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 11/11/2014

Segamat: “Meskipun sudah bercerai, saya tetap kena sepak terajang suami,” kata ibu tunggal yang dikenali sebagai Suhada, 31, dari kawasan perumahan di Jalan Genuang, di sini, semalam.

Menurutnya, sikap bekas suaminya, pekerja swasta berusia 29 tahun yang terlalu cemburu itu menyebabkan dirinya seperti dijadikan seperti untuk dia melepaskan geram.

Katanya, sikap itu menjadi punca perceraiannya dengan lelaki itu awal tahun ini, selepas mereka berkahwin lapan tahun lalu dan mendapat empat anak termasuk seorang lelaki berusia antara setahun tujuh bulan hingga lapan tahun.

“Selepas bercerai, saya membenarkan dia (bekas suami) melawat anak tetapi ketika dia datang pada jam 11 pagi kelmarin, saya disepak bertubi-tubi olehnya yang memakai capal kulit hingga menyebabkan saya sakit di perut, pipi kiri, kedua-dua belah paha dan tangan,” katanya.


Menurutnya, lelaki itu mendakwa mendapat tahu daripada seseorang dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Katanya, dia menafikannya kerana setiap hari berurusan dengan pelbagai orang dalam perniagaan andaman serta pakaian lelaki di rumahnya itu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

“Alasan itu tidak diterima dan seperti kami masih suami isteri, dia lebih percayakan kata-kata orang dan sayalah menjadi mangsanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya menjalankan gerakan mengesan bekas suami mangsa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman