Khamis, 13 November 2014

‘Bukan taat membuta tuli’

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my
Sumber : Harian Metro
Tarikh : 10/11/2014

Kuala Lumpur : Ketaatan isteri terhadap suami adalah dalam batasan ketaatan kepada Allah bukan ketaatan membuta tuli hingga mentaati apa saja arahan suami walaupun terpaksa derhaka kepada Allah.

Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata, sebaliknya isteri boleh meminta fasakh di mahkamah syariah atas alasan suami menganiayai isteri dengan menjadikan kehidupan isteri menderita atau cuba memaksa isteri hidup secara lucah.

“Dalam satu hadis sahih Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda tiada ketaatan dalam melakukan maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara makruf.

“Suami adalah pelindung kepada isteri bukannya menjadi penjahat kepada isteri. Justeru, bagi kes seumpama ini isteri boleh buat aduan kepada polis dan suami boleh diambil tindakan menurut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2011),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Metro Ahad semalam melaporkan mengenai budaya seks tidak bermoral dari Barat digelar ‘cuckold’ yang diamalkan segelintir pasangan suami isteri di negara ini dengan alasan taat kepada suami sedangkan ia jelas haram di sisi agama.

Disebabkan sikap taat tidak bertempat itu, isteri terbabit sekadar membiarkan diri mereka diratah lelaki lain di depan suami sendiri, kononnya atas dasar cinta selain enggan menderhaka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman