Ahad, 2 November 2014

Berang isteri tuntut fasakh

Oleh : Omar Osman 
am@hmetro.com.my

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 01/11/2014

Sungai Petani: Tindakan seorang lelaki menyimbah cecair dipercayai cuka getah terhadap dua wanita ketika mereka menunggang motosikal di Taman Batik, di sini, Selasa lalu dipercayai kerana masalah peribadi.

Sumber polis berkata, berdasarkan siasatan awal terhadap lelaki berusia 30-an berkenaan, suspek mendakwa berang dengan tindakan seorang mangsa berusia 26 tahun yang juga isterinya menuntut fasakh.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika dua wanita berkenaan yang menunggang sebuah motosikal baru melepasi lampu isyarat Jalan Lencongan Timur berhampiran Taman Batik dihampiri sebuah motosikal tidak berlampu ditunggangi seorang lelaki.

“Siasatan awal mendapati suspek memintas motosikal dinaiki kedua-dua mangsa lalu menyimbah cecair ke arah mangsa.

“Akibatnya motosikal berkenaan hilang kawalan lalu terbalik. Kedua-dua mereka dibantu orang ramai dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh ambulans untuk rawatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman