Selasa, 4 November 2014

Didik isteri hidup sederhana

Oleh Rizanizam Abdul Hamid 
mrizanizam@hmetro.com.my

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 04/11/2014


Kuala Lumpur: Suami yang berpoligami perlu mendidik setiap isterinya dengan cara hidup sederhana walaupun mampu memberi kemewahan kepada semua isterinya sebagai persediaan jika hidup dilanda kepayahan.

Perunding Motivasi dan Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh berkata, ini kerana kebanyakan kes perceraian dalam kalangan pasangan muda zaman ini berpunca daripada masalah kewangan.

“Tak salah kalau sekali sekala kita belanja lebih sebab sayangkan isteri, tapi janganlah sampai ia menjadi kebiasaan kerana takut lama-kelamaan isteri menganggap ia sebagai satu rutin hidup wajib disediakan suami.


“Lebih elok wang yang lebih itu dijadikan tabungan bersama sebagai persediaan menghadapi waktu susah kerana dikhuatiri isteri yang sudah terbiasa hidup senang cepat ‘melatah’ dan minta cerai apabila diluji dengan kepayahan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad, kelmarin mengenai kisah hidup Khairul, 39, yang ditinggalkan dua isterinya selepas mula hidup susah sejurus berhenti kerja sebagai ‘bouncer’ di pusat hiburan di ibu negara, dua tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman