Ahad, 30 November 2014

Cari bapa kandung jadi wali

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : 27/11/2014

  • NorizanNorizan

KANGAR - Seorang pembantu kedai makan di Kuala Perlis di sini, mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pada hari pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 19 Disember ini.

Norizan Abdullah, 18, berkata, dia tidak pernah mengenali bapanya kerana diserahkan kepada keluarga angkat selepas dilahirkan.

“Saya dimaklumkan bapa saya bernama Abdullah Abdul Mutalib dan dipercayai berasal dari Thailand. Usianya kini dianggarkan lebih 40 tahun, saya tidak pernah mempunyai maklumat lain kerana tidak pernah berjumpa dengannya.

“Saya kini tinggal bersama ibu bapa angkat, Mariam Daud dan Ismail Kassim di Kampung Perak, Kuala Perlis. Ibu bapa angkat saya juga tidak mengenali bapa saya menyebabkan saya buntu untuk mencarinya,” katanya.

Norizan berkata, selain dia memerlukan bapanya sebagai wali nikah, dia juga mahu bapa kandungnya itu hadir pada hari bersejarah dalam hidupnya.

Justeru, dia berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan bapanya boleh menghubunginya di talian 019-5470071.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman