Sumber : Utusan Malaysia - Berita - Nasional
Tarikh : 25/10/2014
NORAZLINDA Jani menunjukkan surat untuk mencari wali di Muar,Johor,semalam.
MUAR 24 Okt. – Seorang bakal pengantin, Norazlinda Jani (gambar), 26, sedang mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali kerana akan bernikah dengan tunangnya pada 26 Disember ini.
Norazlinda yang bekerja di sebuah butik di Kuala Lumpur, berkata, dia dan bakal suaminya, Mohd. Hafoz Ismail, 22, memerlukan kehadiran bapanya, Jani Panot, 53, sebagai wali namun usaha mencari sejak Jani menghilangkan diri pada Mac 2008 menemui jalan buntu.
“Bapa berasal dari Labis dan menghilangkan diri sejak tujuh tahun lalu. Bapa adalah seorang pemandu lori dan sebelum itu jarang pulang ke rumah kerana tuntutan kerjanya memerlukannya menghantar ke kawasan luar negeri yang jauh.
“Namun pada 2008 selepas keluar bekerja ayah tidak pulang-pulang lagi. Ibu saya, Bedah Md. Don, 60, sudah membuat laporan polis selepas kehilangannya tetapi sehingga kini tidak ditemuinya,” katanya ditemui semasa mengunjungi Pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, usaha menjejaki bapanya sudah puas dilakukan dengan bertanya bekas rakan-rakannya di sini termasuk mencari di kampung halamannya di Bekok dengan bertemu saudara-mara tetapi tidak berhasil.
Usaha menjejaki ayahnya turut dilakukan melalui laman media sosial namun tiada seorang pun mengetahui di mana lelaki itu berada namun dia percaya ayahnya masih hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan