Sumber : Sinar Harian - Semasa
Tarikh : 21/10/2014
KUALA TERENGGANU - Statistik Jabatan Pembangunan Wanita menunjukkan kes keganasan rumah tangga di seluruh negara mencatatkan penurunan kepada 3,268 kes dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 4,123 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Che Azizah Che Rashid berkata, tahap kesedaran wanita terhadap isu keganasan rumah tangga pada amnya semakin baik, hasil pelbagai program yang dijalankan di peringkat kebangsaan dan negeri.
"Jabatan sentiasa melakukan program kesedaran seperti ceramah dan hak wanita ini secara berterusan agar wanita tahu pihak manakah yang perlu mereka dampingi apabila berlaku keganasan terhadap mereka.
"Namun, tidak dinafikan masih ada juga kes di mana wanita tidak mahu tampil membuat aduan di atas beberapa faktor antaranya malu, campur tangan pihak ketiga
dan ramai di antara mereka tidak mahu menjejaskan emosi anak-anak apabila perkara aib mengenai suami diberitahu kepada pihak lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Intervensi Kaunseling Krisis dan Trauma 2014 'Bicara Gender: Wanita Anti
Keganasan' di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.
Seramai 350 peserta terdiri daripada ibu tunggal, pemimpin masyarakat setempat, kakitangan awam dan golongan bapa hadir pada seminar itu yang bertujuan meningkatkan kesedaran mereka terhadap kes penderaan wanita.
Che Azizah berkata, melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, pihaknya bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Yayasan Kebajikan Negara untuk terus membantu golongan wanita yang teraniaya.
"Malah, kita juga turun padang ke setiap daerah untuk menemui golongan sasar dengan lebih dekat agar kefahaman mengenai hak dan kebajikan wanita ini terbela
terutama di kawasan luar bandar.
Kebiasaannya, program kesedaran seperti ini memang mendapat sambutan yang positif, malah peserta yang hadir akan berkongsi maklumat dengan rakan yang lain
dan usaha ini akan mencegah keganasan terhadap wanita," katanya. - Bernama
Artikel-artikel yang dijumpai oleh pemilik blog ini yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. Semoga ianya bermanfaat, insyaAllah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Talian NUR 15999
Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan