Oleh : Dr Abdul Salam Muhammad Shukri
Sumber : Harian Metro - Fikrah Dr Salam
Tarikh : 03/10/2014
Saya hendak berkahwin, tetapi ibu bapa tidak memberi keizinan kerana calon suami yang saya pilih tua dan duda.
Oleh itu, saya bercadang berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa. Apa pendapat Dr?
Sebabnya saya ada baca tulisan bernikah cara itu dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat (jangan hampiri zina).
Tapi orang juga cakap perkahwinan tanpa restu orang tua tidak akan kekal kerana restu mereka adalah restu daripada Allah SWT.
Harap Dr boleh beri pendapat. Terima kasih.
Sofia
Selangor
Selangor
Islam melihat bapa sebagai wali atau penjaga bagi anak perempuan sebelum anak perempuannya berkahwin.
Apabila sudah berkahwin, wanita menjadi tanggungjawab suami untuk menjaganya.
Justeru, saudari perlu segera memberitahu keluarga mengenai perancangan perkahwinan itu.
Sekiranya keluarga menentang atau wali enggan membenarkan perkahwinan berlangsung, proses undang-undang boleh dijalankan dengan membuat laporan di mahkamah syariah.
Pada tahap akhirnya, perkahwinan boleh berjalan menerusi wali hakim dan bukannya wali nasab sekiranya ia tidak dapat dijalankan.
Saya lebih cenderung memilih cara ini daripada memilih untuk kahwin lari.
Ini kerana banyak perkara tidak baik kemungkinan berlaku.
Satu daripadanya ialah apa yang saudari sebutkan di atas. Selain itu ia perlu didaftarkan dan kemungkinan saudari dan pasangan akan didenda kerana berkahwin tanpa kebenaran menurut undang-undang.
Dengan kata lain, ada baiknya persoalan nikah kahwin diselesaikan secara baik dengan keluarga.
Dengan berbuat demikian semua orang akan berpuas hati.
Malah, pernikahan saudari mendapat restu ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan