Khamis, 30 Oktober 2014

Cari jalan keluar

Oleh Nor Azura Abdul Jalil 
zura_jalil@hmetro.com.my

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 30/10/2014

Kuala Lumpur : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim masih berusaha mencari jalan penyelesaian secara baik berhubung kes hak penjagaan anak (hadanah) yang difailkan wanita itu, April lalu.

Perkara itu dimaklumkan peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir selaku defendan kepada media selepas pihak berjumpa dengan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain di dalam kamar di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diwakili peguam syarie Normawaddah Ramli.

Menurut Azmi, anak guamnya menerima satu e-mel draf perjanjian daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai itu selaku plaintif yang berkaitan dengan hak penjagaan dua anak mereka, minggu lalu.

Namun Azmi tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai draf perjanjian itu dan berkata Raja Ahmad Shahrir memerlukan masa untuk meneliti cadangan berkenaan.

Justeru, Azmi berkata mahkamah telah menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan kes itu.

“Hakim beri peringatan sekiranya tiada penyelesaian, defendan perlu memasukkan pembelaan pada tarikh akan datang iaitu 8 Disember,” katanya.

Pasangan suami isteri itu bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam.

Pada 30 April lalu, Nurul Izzah, 34, memfailkan permohonan hadanah mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir, 35, berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman