Sabtu, 20 September 2014

Musykil syarat suami jatuh talak

Oleh : Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri
Sumber : Harian Metro 
Ruangan : Fikrah Dr. Salam
Tarikh : 18/07/2014

Saya mahu penjelasan mengenai kesahihan lafaz talak yang dilakukan suami. Baru-baru ini suami saya menyatakan, sekiranya saya tidak menandatangani borang yang diberi sebelum jam 12 tengah malam, jatuh talak satu.
Pada masa sama suami memberitahu kepada kakak dan adik saya perkara ini. Saya sudah menandatangani borang itu sebelum jaml 12 malam dan menghantar gambar borang yang ditandatangani kepada suami. 
Pada keesokannya suami memberitahu saya menandatangani pada tempat yang salah. Jadi, adakah talak berkenaan jatuh? 

Noraini
Selangor 
Lafaz cerai atau talak ada yang berbentuk sarih (jelas) dan kinayah (tidak jelas). Dalam kes di atas pula lafaz cerai digantung dengan syarat (taklik).

Cerai akan berlaku apabila syarat yang dilafazkan suami dipenuhi.

Memandangkan puan sudah memenuhi permintaan suami dengan menandatangani borang berkenaan sebelum waktu itu, talak tidak jatuh.

Bagaimanapun, apabila suami memberitahu tandatangan dibuat pada tempat salah, suami perlu menjelaskan sama ada syarat yang dia kenakan dipenuhi atau tidak.

Dengan kata lain, talak tidak jatuh secara umumnya dalam kes di atas.

Bentuk ugutan sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam kehidupan suami isteri. Tentu ada cara lain dalam memenuhi permintaan dalam sesuatu perkara.

Harap ia tidak berterusan dalam perkara lain.

Perceraian bukannya galang ganti untuk sesuatu keinginan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman