Rozana, 38, mahu jumlah wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaunnya dengan alasan 
bagi memudahkan pengurusan kewangan dan perbelanjaan dilakukan.

Sementara itu, tuntutan Awie yang ingin menguruskan sendiri perbelanjaan persekolahan dan persiapan perayaan, Rozana selaku plaintif tidak membantah namun perlu ada kawalan daripada pihaknya sama ada diri sendiri atau ahli keluarga yang lain.

Bantahan berkenaan merupakan jawapan plaintif terhadap pernyataan pembelaan dan tuntutan balas Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, yang telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah pada 26 Januari lalu.

Hakim Syarie Che Saupi Che Husin kemudian menetapkan 3 Mac depan bagi prosiding perbicaraan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan kes tersebut.


Rozana memfailkan tuntutan nafkah anak-anak itu pada 5 November tahun lalu mengikut Seksyen 73 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Rozana dan Awie mempunyai tiga anak hasil perkahwinan mereka termasuk Putra Ahmad Merrah, 9, namun anak sulung mereka itu kini dijaga oleh Awie.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 19 April ini bagi perbicaraan notis tunjuk sebab berhubung kegagalan Awie menyerahkan anak sulung iaitu Putra Ahmmad Merra kepada Rozana selepas mahkamah membatalkan hak penjagaan sementara kanak-kanak itu kepada Awie.

Rozana diwakili peguam Mohd. Nor Apandi Dahari dan Nor Azmi Mohd. Arip manakala Awie diwakili oleh peguam Mohd. Syafiq Norizan.