Ahad, 10 Ogos 2014

Belum cerai sudah kahwin

Oleh : Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri
Sumber : Harian Metro 
Ruangan : Fikrah Dr. Salam
Tarikh : 08/08/2014

Saya ingin tahu mengenai masalah seorang isteri yang belum diceraikan oleh suaminya, tetapi dia sudah bernikah dengan lelaki lain.
Apakah hukum perbuatannya itu? 
Keliru 
Kuala Lumpur

Pernikahan berkenaan tidak sah dan perlu dibubarkan.
Ini kerana ia tidak memenuhi rukun nikah mengenai syarat bakal isteri.

Perkara utama dalam kes ini ialah bakal isteri sudah menjadi isteri orang lain.

Begitu juga isteri yang masih dalam idah walaupun sudah dicerai tidak boleh berkahwin lagi selagi tidak habis tempoh idahnya.

Selain itu, antara syarat lain bagi bakal isteri ialah beragama Islam, seorang perempuan yang tertentu, bukan mahram kepada lelaki yang menjadi bakal suami dan tidak berihram haji atau umrah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman