Rabu, 27 Julai 2016

Kahwin kerana Allah atau dunia?

Susunan HASHNAN ABDULLAH
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 23/07/2016

SEORANG ulama berketurunan Syria melahirkan perasaan pelik terhadap sikap manusia, termasuk umat Islam sendiri yang meletakkan pelbagai syarat janggal hanya untuk berkahwin.

Muhammad Abul Huda al-Yaqoubi (Muhammad al-Yaquabi) menarik perhatian umum dengan menegaskan bahawa tindakan berkenaan menyebabkan usaha pencarian pasangan hidup mengambil masa lebih lama atau terus keseorangan hingga akhir hayat.

Ulama tersohor tersebut turut mengaitkan secara simbolik tindakan janggal itu dengan kecintaan manusia terhadap habuan dunia berbanding dengan apa yang diperintah dan dijanjikan oleh Allah SWT.

Beliau yang lahir di Damsyik, Syria pada 1963 itu menyatakan pandangannya dalam kuliah bertajuk Cintai Dunia di Masjid Madina, Sheffied, United Kingdom (UK), baru-baru ini.
Berikut antara sedutan wawancara berkenaan:

Kenapa timbul perasaan pelik itu?

Mu­ham­mad al-Yaquabi: Ada sese­tengah daripada kita (lelaki) me­ngambil masa lama untuk mencari pasangan hidup. Saya rasa pelik kerana dunia hari ini memiliki ramai wanita berse­suaian.

Kenapa kita mele­takkan pelbagai syarat untuk menikahi mereka? Kenapa ibu bapa menyusahkan anak-anak mereka dalam hal ini ? Kenapa kita pilih jodoh berdasarkan saiz, warna kulit atau lain-lain?.

Bagi saya, pada saat kita menemui jodoh sesuai, maka tidak penting sama ada dia buta, gemuk, bodoh atau lain-lain kerana apa yang penting adalah dia seorang yang beriman. Kita seharusnya percaya, jika niat (kahwin) kita untuk menjaga iman dan mengikut sunah Rasulullah SAW, maka Allah SWT akan memberikan yang terbaik.

Selasa, 26 Julai 2016

MENANGIS APABILA ISTERI BERTUDUNG

Kolum : Sembang-Sembang
Oleh : Normala Hamzah
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 23/07/2016

SETIAP suami pasti mahu isterinya dihormati dan menjadi perhatian orang kerana sikap mereka yang baik, berbudi pekerti dan bersopan santun serta berpakaian sedap mata memandang.

Ada sesetengah wanita lupa pada adat resam, budaya dan menganggap apa yang mereka suka, mereka akan pakai, orang lain peduli apa. Jika tidak ikut edaran masa, dan menjaga penampilan, dikatakan kolot dan kekampungan.

Ingin saya kongsi kisah menarik ini untuk pembaca semua. Kisah benar diceritakan sendiri kepada saya oleh seorang suami yang melahirkan rasa lega kerana isterinya sudah berubah dan mengikut kehendaknya menjadi muslimah sejati di hari raya Aidilfitri yang lalu.

Begini kisahnya.

“Nama saya Azhar (bukan nama sebenar) berusia awal 30-an dan bertugas di sebuah syarikat yang beroperasi di utara tanah air.

Saya telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak yang sedang meningkat dewasa.

“Isteri saya, Marlia (bukan nama sebenar), seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan yang sangat aktif. Dia bekerja hampir 24 jam sehari kerana di rumah, dia tidak berenggang dengan komputer ribanya. Ada sahaja kerja yang akan dilakukannya walaupun ketika di rumah.

Penampilan isteri memang mendapat pujian di pejabatnya. Dia sangat bergaya dan sentiasa mengikuti perubahan fesyen. Isteri saya memang cantik tetapi tidak di mata saya sebagai suami. Setiap bulan, Marlia menghabiskan wang gajinya untuk membeli pakaian baharu, mekap dan apa sahaja barang yang dia ingini.

“Saya tidak pernah menghalang kerana tidak mahu kami bermasam muka kerana perkara kecil. Saya masih boleh bersabar dengan penampilannya yang tidak sepatutnya dipamerkan kepada orang ramai tetapi terus melayan kerenahnya kerana tidak mahu bergaduh.

“Selalu juga saya ingatkan isteri tentang hukum agama mengenai pakaian seorang wanita di sisi Islam. Jawapannya tetap sama, masih belum sampai masa.

Isteri enggan jenguk keluarga mertua

Suami terpaksa cipta pelbagai alasan agar tidak malu dengan saudara 

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 21/07/2016

Sukar untuk menasihati isteri yang bersikap keras kepala. - Gambar
Sukar untuk menasihati isteri yang bersikap keras kepala. - Gambar hiasan
Bukan mudah bagi Aliff Fadli (bukan nama sebenar), meraikan setiap kali kedatangan Aidilfitri. Apatah lagi sekiranya tahun itu, giliran dia beraya bersama keluarganya di kampung di sebuah negeri di sebelah utara, memang susah sangatlah hati lelaki ini.

Fikirnya, mana hati isteri dan anak-anak hendak dijaga, begitu juga hati ibu dan ayah serta keluarga di kampung. Malah terpaksa memikirkan pelbagai alasan sebagai cara halus menyembunyikan masalah yang dihadapi dek kerenah isteri, daripada dinista sanak saudara.

Aliff memang tahu, selama ini pun isterinya, Zarina (bukan nama sebenar) memang tidak suka balik ke kampung. Anak orang bandar itu kononnya malas hendak menjejakkan kaki ke kampung halaman suaminya itu setiap kali beraya kerana tidak mahu berhimpun bersama adik-beradik serta ipar duai yang ada.

Lagi pun selama ini, apabila balik ke kampung, isterinya hanya bertahan selama dua atau tiga hari sahaja, selepas itu buru-buru balik ke rumah kerana tidak mahu tinggal di situ.
Kata Aliff Fadli, sekiranya dia memutuskan untuk balik beraya di kampung, biasanya akan mengambil masa sehingga sebulan untuk memujuk isteri dan anak-anak.

Pelbagai cara dilakukan dalam usaha agar mereka dapat bersama-sama balik ke kampung termasuk janji-janji yang mereka akan tagih bila sampai waktunya.

Itupun sekiranya hendak balik beraya, Zarina sendiri akan meminta mereka sekeluarga duduk di sebuah hotel di bandar, dan hanya akan balik ke rumah mertuanya pada pagi raya.

“Biarpun rumah di kampung itu memang agak besar dan mempunyai banyak bilik, yang boleh memuatkan kami adik-beradik, namun Zarina dan anak-anak memilih untuk tinggal di hotel atas alasan rimas kerana terlalu ramai orang di dalam rumah. Tiada pendingin hawa pun menjadi satu masalah kepada isteri saya yang sering berasa panas di dalam rumah.

Isnin, 25 Julai 2016

Poligami bukan untuk dibanggakan

Oleh : SAIFULIZAM MOHAMAD
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 21/07/2016

BUAT pertama kalinya penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang berpoligami di negara ini. Sememangnya suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu disifatkan sebagai amat bertuah kerana bukan semua lelaki yang dianuge­rahkan oleh Allah SWT untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW ini.

Tidak dinafikan amalan berpoligami menjadi idaman sebahagian besar lelaki namun tidak semua antara mereka yang dipilih. Hanya golongan berkemampuan dari segi zahir dan batin dibenarkan untuk berkahwin lebih daripada satu. Itu pun mahkamah yang akan menentukan.

Tambahan pula rata-rata isteri zaman sekarang enggan bermadu meskipun berpoligami adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW yang sepatutnya diraikan. Siapa yang tidak bangga ada dua atau tiga isteri lebih-lebih lagi jika si suami berjaya memastikan kehidupannya bersama isteri-isterinya sentiasa bahagia, tenang dan damai.

Namun begitu ada juga yang berpoligami tetapi hidup mereka porak-peranda kerana isteri-isteri enggan berkongsi kasih. Itu yang ada satu kisah, suami terpaksa duduk di kawasan rawat dan rehat (R&R) pada hari raya pertama kerana tidak tahu hendak balik rumah siapa. Sebabnya isteri pertama dan kedua enggan mengalah.

Amalan berpoligami ini sungguh indah tetapi keindah­an berpoligami tetap bergantung kepada kemam­puan suami bukan sahaja dari sudut zahir mahupun batin malah kefahaman mereka terhadap agama.

Malaysia, selatan Thailand tangani isu nikah - menteri

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 21/07/2016

KANGAR 21 Julai - Berikutan peningkatan jumlah rakyat Malaysia berkahwin di selatan Thailand, satu mekanisma terbaik perlu dibuat untuk menangani isu itu supaya ia sah di sisi undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkahwinan yang tidak disahkan undang-undang akan mengundang banyak masalah terutama kepada isteri dan anak-anak.

"Dalam hubungan ini, kita dan lima Wilayah Andaman di selatan Thailand iaitu Yala, Narathiwat, Pattani, Satun dan Songkhla akan merumuskan mekanisma bagi mengukuhkan perkara berkaitan nikah cerai membabitkan pasangan Malaysia yang berkahwin di wilayah tersebut.

"Oleh kerana bilangan pernikahan rakyat Malaysia di selatan Thailand meningkat setiap tahun, perkara ini perlu dikekang bagi mengelak masalah yang mungkin berlaku kemudian," kata Jamil Khir.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan pengurusan nikah cerai ketua-ketua pendaftar seluruh negara dengan jawatankuasa Majlis Agama Islam (MAI) lima wilayah tersebut di sini, malam tadi.

Katanya, antara kesan perkahwinan yang tidak didaftar atau dirahsiakan ialah anak tidak ada sijil kelahiran, tiada kad pengenalan dan ada juga yang terpaksa dibinkan 'Abdullah' walaupun perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak.

Kasih sayang, rezeki bertambah selepas berpoligami

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 20/07/2016

Muhammad Faiz Hashim bersama kedua isterinya, Syarifah Nor Fadhilah
Muhammad Faiz Hashim bersama kedua isterinya, Syarifah Nor Fadhilah Syed Mohd. Idris (kiri) dan Nik Noor Syuhada Kamarudin di Kuantan, Pahang, semalam. utusan/AHMAD ZAKKI JILAN
KUANTAN 19 Julai – Seorang wanita tidak menyangka foto bersama suami dan madunya yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook baru-baru ini menjadi viral termasuk dijadikan sebagai bahan berita di portal-portal dalam dan luar negara.

Foto itu memaparkan Syarifah Nor Fadhilah Syed Mohd. Idris, 35, dan madunya, Nik Noor Syuhada Kamarudin, 30, mencium suami mereka, Muhammad Faiz Hashim, 35, ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Syarifah Nor Fadhilah berkata, dia terkejut dengan maklum balas orang ramai dengan foto yang dimuat naik suaminya yang tersebar luas di laman sosial.

‘‘Sebelum ini banyak juga gambar saya bersama Nik Noor Syuhada dikongsi suami kami di Facebook.

‘‘Gambar itu (semasa hari raya) pula menjadi viral sedangkan tiada apa yang berbeza dengan sebelum ini. Banyak mesej yang saya terima daripada rakan-rakan lama dan ahli keluarga yang mana saya meneri­manya dengan hati terbuka,’’ kata anak kelahiran Kuantan itu kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Syarifah Nor Fad­hi­lah, dia juga berperasaan yang sama seperti wanita lain ketika suaminya memohon izin untuk berpoligami tujuh tahun lalu.

‘‘Saya perlukan masa dan berfikir lebih baik saya memberi izin daripada suami melakukan perkara tidak elok di belakang. De­ngan sendirinya saya reda dan ikhlas.

Ahad, 24 Julai 2016

Mak melenting, ayah minta izin nikah lagi

Kolum : Sembang-Sembang
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 17/07/2016

Tiada beban, batu pula hendak digalas, begitulah ibaratnya yang tepat ditujukan bagi lelaki yang ingin berpoligami. Walaupun mampu tetapi perlu juga memikirkan perasaan isteri dan anak-anak seandainya perkara itu benar-benar berlaku.

Disebabkan masalah ini, setengah pasangan sampai sanggup berpura-pura bahagia di hadapan anak-anak, sedangkan hakikatnya hubungan mereka bagaikan retak menanti belah.

Jangan ingat anak-anak tidak faham kerana mereka menjadi pemerhati tetap hubungan ibu dan ayah dengan harapan kasih sayang itu kekal hingga ke syurga.

Inilah kisah yang saya pilih minggu ini, kiriman seorang remaja berusia 19 tahun, anak sulung sepasang suami isteri yang sedang menghadapi masalah rumah tangga kerana suaminya ada perempuan lain.

Kita ikuti cerita Nili (bukan nama sebenar), anak sulung daripada dua beradik yang kini sedang bersedih kerana ibu dan ayahnya sudah tidak sehaluan lagi.

“Saya anak sulung. Adik saya berusia 15 tahun dan masih belajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya sudah masuk kolej dan kini berada di tahun kedua.

“Kami mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang, mengambil berat dan sangat sayangkan kami dua beradik. Ayah seorang usahawan berjaya, ibu pula membuka bisnes sendiri.

“Kehidupan mereka sangat sibuk, sampaikan tidak ada masa untuk kami dua beradik. Tapi nasib baik saya dan adik tinggal di asrama, jadi kami tidak begitu terasa diabaikan oleh mereka.

Jadi ibu tunggal kerana tangkap suami di hotel

Kolum : Di Celah-Celah kehidupan
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 17/07/2016

1
“ANDA tergolong wanita yang bertuah jika suami anda bukan kaki perempuan, tidak bercakap bohong dan bertanggungjawab kepada anak-anak dan isteri. Kalau sesekali dia suka keluar makan dengan rakan-rakan sekerja, anda lepaskanlah kerana dia masih sayangkan anda dan anak-anak. Tetapi jika dia berubah lebih sayangkan kawan daripada keluarga, anda mesti berhati-hati. Sebab jika tidak ditegah dari awal, sikap seperti itu boleh hancurkan rumahtangga anda.

“Saya bercakap dari pengalaman, dulu ketika ada dua orang anak, suami saya punyalah baik, setia dan amat bertanggungjawab, tetapi setelah dapat kawan yang agak ‘mereng’ otaknya, suami saya Ezzwan bertukar 360 darjah, dia terikut-ikut dengan perangai kawannya. Pada dia kawan yang terbaik, sedangkan isteri cuma perhiasan rumah.’’ Itu cerita Maryati dalam e-melnya.

“Oleh kerana awalnya dia baik, saya kurang bertanya ke mana dia pergi dan dengan siapa. Sebab dia jujur. Apa berlaku di luar dia akan beritahu saya Tetapi setelah kawan lebih penting daripada anak isteri saya mula risau  Bila saya tanya dia mula meninggi suara dan tuduh saya sekat pergerakannya dan jadi queen control.

“Saya katakan kalau berubah jadi orang masjid atau surau saya tak larang, tetapi jadi kaki rambu ramba, setiap minggu tentu tak baik. Mulanya saya fikir kawan cuma lelaki, tetapi entah masa bila tetiba ada pulak kawan perempuan.

“Awalnya memang saya tak tahu, tetapi kawan dia sendiri bongkar rahsia. Malangnya bila tanya, Ezzwan tak penah mengaku, mula tuduh saya kaki cemburu, suka serkap jarang, suka dengar cerita orang untuk memburukkan maruah suami.

“Apa yang pelik salah seorang kawan Ezz bagi tahu saya nama teman wanita Ezz, dan di mana mereka suka lepak. Hairan juga, kenapa kawannya bersungguh-sungguh membongkar rahsia Ezz. Adakah mereka sudah bergaduh atau ada masalah lain.

“Kerana ketika itu perasaan ingin tahu info yang diberi, saya pergi ke tempat yang diberitahu. Sah, mereka sedang berdua-duaan dalam bilik hotel bajet. Ezz, cuma pakai tuala saja bila pintu yang saya ketuk dibuka. Jelas mereka sedang berasmara dana. Ezz  terkejut. Dia memang marah, tapi dia tarik tangan saya masuk bilik, dan terus terang tanya apa saya mahu, dia boleh ceraikan saya ketika itu juga. Katanya kalau saya nak report silakan, pada siapa pun dia tak takut sebab mereka memang nak kahwin.

“Oleh kerana terkejut dan marah, saya mengamuk dan menangis. Hasilnya ketika itu juga saya diceraikan. Seminggu selepas peristiwa itu, Ezz balik ambil pakaian dan serahkan surat cerai. Mudah sungguh . Keputusannya muktamad. Menangis air mata darah pun saya sudah bergelar ibu tunggal. Takdir sudah tidak boleh diubah lagi, sudah ketentuan Allah jua.

“Berbulan saya menangis mengenangkan nasib, tak sangka saya boleh diceraikan dalam sekejap masa. Emak datang duduk sebulan di rumah tenangkan hati saya. Kata emak, kuasa cerai di tangan lelaki kalau dia dah tak suka jangan merayu. Pandai-pandailah bawa diri, jaga anak-anak mungkin ada baiknya kemudian hari. Tetapi saya tak boleh sabar, saya merayu Ezz, minta dia pulang dan fikirkan anak-anak. Keputusan Ezz muktamad dan mereka akan berkahwin sebab wanita itu takut rahsia terbongkar, kerana saya terjumpa mereka berdua-duaan dalam bilik hotel.

“Lebih setahun saya hidup merana, anak-anak terbiar, nasib kakak saya yang belum berkahwin mahu datang membantu tinggal bersama di rumah sewa saya. Ketika itu Ezz sudah pun berkahwin. Tetapi Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya, pepatah orang tua-tua ada berkata, `bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru.” Tanpa disangka, keburukan terserlah juga.

Kecewa perangai adik-beradik kaki kutuk

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 10/07/2016

“SAYA bukan seorang terpelajar, bukan juga penasihat, tetapi rasanya saya boleh beri pandangan berdasarkan pengalaman saya sebagai anak dan ibu tunggal yang sering menghadapi masalah dan terpinggir disebabkan masalah rumah tangga yang saya hadapi. Pelik bunyinyakan? Tetapi apa yang saya luahkan ini adalah untuk merayu para ibu semua jangan pinggirkan anak anda yang menghadapi masalah rumah tangga, sebaliknya bantulah jika dia susah.

“Saya tak cakap pasal orang lain, tetapi tentang masalah yang saya hadapi ini terlalu menekan jiwa dan perasaan saya. Siapa tak mahu hidup senang, semua orang mahu senang, dan tak ada seorang pun mahu rumah tangganya hancur, semua orang mahu kebahagiaan, tetapi jodoh pertemuan bukan kita tentukan, semuanya urusan Allah. Jadi jangan salahkan saya jika saya diceraikan dan ada masalah rumah tangga.” Itu cerita Hanan dalam e-melnya.

“Masalah yang saya hadapi sekarang bermula setelah saya diceraikan. Anak ada tiga orang masih kecil. Walaupun saya bekerja tetapi pendapatan saya tak banyak. Maklum lulusan SPM, apalah sangat kerja yang dapat saya lakukan dan berapa sangat gaji saya.

“Semasa masih ada suami lagi, hidup kami taklah senang sangat, setakat cukup makan, pakai dan mampu bayar sewa rumah, sebab gaji suami pun tak banyak. Namun setelah anak bertambah rezeki pun bertambah, hasil duit gaji yang kami kumpul bersama kami mampu beli kereta kecil, cukup untuk kami anak-beranak. Beli kereta bukan nak tunjuk mampu tetapi untuk kemudahan senang nak balik kampung ataupun berjalan makan angin sekali-sekala.

“Tetapi peliknya setelah ada kereta langkah suami semakin panjang. Ada saja halnya pada waktu malam. Nak jumpa member, pakat nak buat bisnes dan macam-macam. Saya daripada awal dah bagi tahu suami jangan buat bisnes sebab kita tak ada modal. Keluarga pun bukan orang kaya boleh pinjam. Tetapi entah macam mana suami saya Iqbal boleh tersangkut dengan seorang ibu tunggal nama Qeda yang sanggup jadi partner untuk sama-sama buat bisnes.

“Di sinilah bermula segalanya. Mula-mula pakat-pakat nak buat bisnes, lepas tu nak tolong Qeda buat bisnes sementara dia belajar nak buat bisnes, akhirnya mereka tersangkut dah mula bincang-bincang nak kahwin. Saya dah nasihatkan Iqbal jangan dekat dengan ibu tunggal, pertama tak manis dipandang orang, berdua ke sana sini. Kedua, saya bimbang mereka tersangkut dan nak kahwin pulak. Apa yang saya bimbangkan itu memang terjadi.

“Sejak Iqbal sibuk nak buat bisnes rumah tangga kami sering berantakan, pertama kerana duit sentiasa tak cukup. Rumah sewa mula lewat bayar, sebab duit nak guna dulu buat bisnes. Saya memang daripada awal tak setuju dia buat bisnes. Tapi kerana hasutan kawan Iqbal terlupa tanggungjawab dia di rumah. Kawannya buat bisnes boleh berjaya sebab isteri mereka gaji besar, mereka ada ibu bapa berharta boleh bantu dan duit ada dalam tangan.

Diceraikan Kerana Suami Bencikan Anak Sendiri

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 03/07/2016

“PERKAHWINAN saya dengan Erol 17 tahun lalu memang disukai oleh keluarga saya, terutama emak. Malah sejak mula berkenalan, baru sekali Erol datang berjalan ke rumah, emak sudah gesa saya segera kahwin. Jangan bertangguh nanti melepas.

“Sebabnya Erol ada kereta, bekerja dengan bank, anak orang ada-ada. Ibunya pangkat besar di universiti, sementara ayahnya orang berpangkat dalam syarikat GLC. Pendek kata memang orang berduit, sementara anak mereka cuma tiga orang termasuk Erol yang merupakan anak kedua.

“Sejak emak tahu tentang persahabatan kami, siang malam emak suruh saya segera bertunang, kata emak, “jangan lambat nanti melepas.’’ Sedangkan ketika itu saya baru kenal Erol tak sampai enam bulan. Tetapi dia baik, sering datang ke rumah, berbual dengan adik-beradik dan ipar saya.’’ Itu cerita Nurizahfitri dalam e-melnya.

“Masuk setahun persahabatan, maka dengan rasminya kami bertunang dan lima bulan kemudian kami berkahwin. Kata emak tak payah tunggu lama-lama, sementara ada orang hendak ambil buat isteri, jangan lengah. Walaupun dalam waktu singkat tetapi emak boleh sediakan pelbagai keperluan, dan memang majlis perkahwinan kami hebat. Zaman tu orang kahwin di dewan memang meriah sungguh.

“Sebenarnya emak saya ni, orang kuat persatuan wanita, dia ada ramai kawan, cakap saja nak buat apa, semua datang bantu. Bunga mahar paling istimewa mereka buat sendiri, ramai berebut hendak ambil buat kenangan, sebab cantik, bunga telor juga tak kurang hebatnya. Bilik pelamin lagi istimewa. Entah bila emak tempah, tetapi siap tekad benang emas.

“Oleh kerana saya baru dua tahun bekerja tentulah tak banyak simpan duit, tetapi emak siapkan semua, kata emak saya hanya kena cari pakaian yang sesuai untuk bersanding. Tukang andam saya tak perlu cari, sebab ada member emak memang ada salon mengandam. Jadi tanggung beres. Sebab itulah perkahwinan kami berjalan lancar. Bab bekerja memang saya salute emak memang cekap. Macam mana cepat mulutnya bercakap, begitulah cepat tanganya bekerja.

SAYA BERSALIN KETIKA SUAMI BERBULAN MADU

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 02/07/2016

Bertahun berkasih, bercinta, tidak bermakna boleh bahagia bersama. Tidak semua cinta itu akan berakhir ke jenjang pelamin, itu hakikatnya yang patut diterim oleh semua pasangan berkasih.

Pun begitu, bukan bermakna hidup berakhir. Hidup mesti diteruskan. Dalam apa juga keadaan kena tabah, reda dan berserah kepada Allah untuk kehidupan seterusnya.

“Mungkin bukan jodoh kami, dia tinggalkan saya dengan anak kecil ini dalam keadaan terumbang-ambing, sedang dia kini bahagia dengan keluarga baharunya,” demikian kata-kata yang terbit dari bibir Endah (bukan nama sebenar) ketika saya temui dia sewaktu memberi makan gelandangan.

Sedih mendengar kisahnya tetapi wanita ini tabah membesarkan anaknya walaupun dalam kekurangan. Kita ikuti kisah Endah. Baik dijadikan teladan. Iktibar untuk wanita, jangan sembarangan menerima cinta lelaki.

Ini kisahnya.

“Saya berusia 30 tahun, pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang mencintai saya dikenali sebagai Aman (bukan nama sebenar) tiga tahun lalu. Dia mempunyai pekerjaan tetap walaupun hanya sebagai penghantar surat. Walaupun bukan kerja berjawatan tinggi, cukup untuk kami hidup bahagia seandainya dia bijak menguruskan rumah tangga kami.

“Kami berkenalan secara tidak sengaja. Saya bekerja di sebuah restoran berdekatan pejabatnya. Bukan puji diri tetapi saya ada rupa sikit. Memang menjadi perhatian pelanggan yang singgah minum. Dia jatuh cinta dengan saya. Siang malam dia bertunggu tangga di restoran tempat saya bekerja.

“Akhirnya saya juga jatuh cinta kepadanya. Dia ajak saya kahwin. Saya setuju, maklumlah masa itu umur muda, tidak fikir panjang, ingat nak seronok sahaja. Kami bernikah di sempadan dengan bantuan seorang kawan. Mak ayah saya tidak tahu, begitu juga keluarga suami.

Sabtu, 23 Julai 2016

Terperangkap dengan sikap ipar duai yang pemalas

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 26/06/2016

“TERLEBIH dahulu saya mohon maaf jika pembaca tersinggung, kerana apa yang saya ceritakan ini memang sering berlaku dalam masyarakat kita, rasanya ramai menantu perempuan melalui pengalaman seperti apa yang saya lalui. Saya bukan nak mengumpat dalam bulan puasa ni, tetapi kalau tak cerita rasanya nak pecah dada ni. Cakap pada suami minta pandangannya, dia tak ambil peduli. Hanya suruh saya bersabar.

“Memang senang orang lelaki kata jangan ambil peduli, jangan kisah, buat tak tahulah, dan macam-macam lagi, tetapi dia tak duduk dapur, dia tak memasak, dia kalau balik rumah mentua hanya duduk depan tak masuk dapur. Tetapi saya menantu perempuan kena duduk dapur. Memang tak ada siapa paksa, tetapi takkan balik rumah mentua duduk pangku tangan tunggu nasi terhidang ke lutut. Tentu kena tolong, akhirnya terperangkap dalam masalah ini.’’

Itu cerita Nurul Aisyah dalam e-melnya, dia mencurahkan isi hati kerana tahun ini giliran dia terpaksa balik ke rumah mentua untuk berhari raya. Tahun lepas dia beraya di rumah emaknya.

“Berbeza sungguh keadaan anak-anak perempuan dan menantu perempuan bila balik ke rumah emak saya beraya, semua turun ke dapur, semua turun tangan membantu, tak ada yang duduk kelek anak menunggu makanan terhidang di meja. Emak saya tak pernah kerah anak menantu bantu dia ke dapur, tetapi kami bertimbang rasa, kalau tak pandai masak pun paling tidak mereka bantu kemas meja makan, cuci pinggan mangkok. Maklum bila berbuka puasa dan berhari raya, memang banyak kerja perlu di lakukan di dapur, selain melayan tetamu bertandang ke rumah. Ditambah ramai anak cucu balik beraya.

“Malangnya rumah mentua saya, dia ada tiga anak perempuan dan dua menantu perempuan termasuk saya. Tetapi peliknya saya seorang sering di dapur tak kering tangan mencuci pinggan mangkuk, menguruskan dan menghidang makanan selain membersihkan rumah.

“Anak sulung mentua saya Kak Jay, dia memang balik setiap tahun beraya, kerana mentuanya sudah meninggal dunia, lagipun dalam setahun biasanya dua atau tiga kali sahaja Kak Jay balik rumah emaknya. Alasannya sibuk, tambah-tambah suaminya orang bisnes. Katanya orang bisnes tak ada masa cuti. Kerja amat penting.

“Kalau balik beraya Kak Jay tak pernah duduk rumah emaknya sebaliknya duduk hotel. Tak selesa duduk rumah emak, payah, ramai, panas, bilik tak ada air-con, bilik tidur tak cukup, bilik air sempit, anak-anaknya tak selesa sebab tak ada air panas. Sebenarnya bukan hari raya sahaja dia duduk hotel, tak ada raya pun dia tetap duduk hotel, lebih selesa dan senang cari makan, alasannya tak mahu menyusahkan emak siapkan makan minum mereka anak beranak.

Dulu suami saya dihina, sekarang dipuja

Oleh : Normala Hamzah
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 18/06/2016

MEMANG lumrah harta kekayaan menjadi perhatian apabila hendak memilih calon menantu. Walaupun tidak semua, ia berlaku di dalam kehidupan kita hari ini.

Bukan niat mengaibkan keluarga sendiri tetapi sebagai iktibar untuk pedoman kita bersama. Jangan sesekali memilih kekayaan kerana ada kalanya budi bahasa lebih berharga daripada itu semua.

Inilah kisah yang saya pilih minggu ini. Kisah benar yang diceritakan seorang isteri, Atira (bukan nama sebenar) yang memilih lelaki biasa sebagai teman hidup, sedangkan dia anak orang berada.

Ini ceritanya.

“Saya berusia awal 30-an, telah lima tahun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia tiga tahun. Rumah tangga saya bahagia walaupun suami hanya seorang kerani di peringkat awalnya.

“Kami menghadapi banyak ujian sebelum dan selepas berkahwin kerana suami orang kebanyakan. Saya anak orang berada dan ada gelaran di pangkal nama. Tapi saya tak kisah.

“Saya kenal suami kerana belajar di sekolah menengah yang sama. Sayangnya dia gagal ke menara gading kerana terpaksa bekerja untuk menanggung keluarganya.

“Hubungan kami tidak putus. Saya berhubung dengannya walaupun saya belajar di luar negara. Selesai belajar, saya balik. Dia setia menunggu saya. Kami menyambung kasih kami dan mengambil keputusan bernikah walaupun dia hanya bekerja sebagai kerani.

“Ayah membantah, begitu juga mak. Malah adik beradik saya semua menentang hajat saya dengan alasan kami tidak setaraf dan dia tidak layak menjadi suami saya.

“Apabila saya ugut untuk kahwin lari, ayah benarkan saya kahwin dengan suami. Alhamdulillah. Majlis tidak meriah seperti kakak dan abang saya. Tapi saya tidak kecil hati.

“Setahun lebih berkahwin, suami berhenti kerja dan membuka bisnes sendiri yang ada kaitan dengan tugasnya sebelum itu. Di peringkat awal, kami menghadapi masalah kewangan. Tetapi suami seorang yang sangat sabar.

“Dia bersungguh-sungguh melakukan kerja dan berusaha mendapatkan projek untuk mengembangkan bisnesnya. Saya pula membantu dia mana yang boleh. Dengan pendapatan sebagai lulusan luar negara, saya tidak ada masalah untuk membantunya.

Potong kwsp suami jika enggan beri nafkah

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 19/06/2016

KISAH yang dipaparkan dua minggu lalu berjudul, “Ibu beralih arah setelah kahwin lain” membuat Izan terpanggil untuk turut memberi pendapatnya. Kata Izan luahan hati Julihanizah amat jelas menggambarkan betapa sunyinya hati seorang ibu tunggal yang kurang dapat perhatian daripada anak-anaknya setelah mereka dewasa, bekerja dan berumah tangga.

Kata Izan lagi, tidak semestinya ibu anda ke sana ke mari berjalan dan pergi melancong bersama kawan-kawan sebayanya sebagai tanda dia bahagia. Mungkin itu sekadar mengisi ruang kosong di hatinya yang ditinggalkan oleh anak-anak.

“Sebagai anak sepatutnya menjadi tanggungjawab anda sekali-sekala datang berbual dengan ibu. Buat giliran antara adik-beradik anda balik bertemu ibu untuk membuang rasa kecewa atau bosan yang tinggal sendirian. Dan bukannya mencari jalan mudah balik kampung ambil ibu dan membawanya tinggal bersama di rumah anda.

“Mungkin juga ibu anda selesa tinggal di rumah suami barunya, kerana di sana dia rasa dirinya diperlukan. Dia bahagia sebab ada suami tempat mengadu hal, dan mungkin juga ibu anda gembira dengan anak-anak tiri yang memeriahkan suasana rumah. Mungkin juga ibu anda sanggup berkhidmat di rumah suami kerana itu menggembirakannya.

“Apabila masa ibu anda terisi dengan berbakti kepada keluarga baru, maknanya ibu anda sudah bertemu kebahagiaan yang dicari. Biarkan ibu anda bahagia dengan pilihan hidupnya sendiri. Selagi dia tidak merungut itu tanda dia bahagia di sana.

“Kepada anak-anak yang ibunya masih tinggal bersendirian di rumah, jenguklah ibu anda sekerap mungkin. Dengan cara ini, ibu anda tidak lagi merasa dirinya terpinggir. Buatlah jadual atau giliran antara adik beradik anda balik menziarahi ibu. Dengan cara ini sekurang-kurangnya setiap minggu ibu anda akan menanti kepulangan anda dan cucu yang disayanginya. Dengan cara ini dia merasa lebih gembira.

“Jangan nanti bila ibu anda mula mencari bahagia dengan orang lain, baru anda pula terasa dipinggirkan atau anda merasa ibu anda ‘dikulikan’ oleh suami baru. Namun selagi ibu anda tidak mengadu penat tinggal di rumah suami barunya, itu tandanya dia bahagia” kata Izan.

“Bagaimanapun Lisa dalam e-melnya pula bersetuju dengan Julihanizah, katanya apabila ibunya berkahwin baru, hubungan dia dengan ibunya semakin renggang. Sebab ibunya tidak ada masa lagi berbual dengan anak-anak selain sibuk uruskan makan minum dan sakit pening suami barunya dan keluarga barunya sahaja.

“Masalah jadi lebih besar apabila hari raya. Kalau ibu beraya di rumah suaminya, dia menjadi tidak selesa untuk balik ke rumah ayah tirinya, sebab di rumah itu sudah ramai dengan anak cucu ayah tiri. Tak bantu ibu ke dapur, kesian melihat ibu bertungkus lumus seorang diri memasak dan menyediakan juadah raya. Sedangkan anak-anak tiri sibuk dengan anak mereka.

“Kerana tidak mahu lihat dan melalui masalah tersebut, biasanya saya pulang beraya di rumah mentua. Tetapi saya yang makan hati. Demikian pandangan dua orang pembaca tentang isu “Ibu beralih arah setelah kahwin lain.” Bagaimana pun pandangan anda?
Namun cerita minggu ini bukan masalah ibu kahwin lagi atau bermadu, sebaliknya rintihan hati seorang ibu tunggal bernama Noralisa membesarkan empat orang anak dalam menghadapi hari raya.

“Memang benar ada antara pembaca berpendapat hari raya bukan penting sangat. Ya! Bukan penting kepada kita yang telah dewasa, tetapi amat bermakna dan paling istimewa kepada anak-anak yang masih kecil dan tinggal di rumah pangsa di KL ini.

Dihina kerana berhenti kerja

Ibu mentua anggap menantu hanya menghabiskan duit

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 16/06/2016


Kiriman e-mel yang diterima daripada seorang pembaca ke ruangan Pengakuan minggu ini agak berbeza berbanding cerita-cerita sebelum ini.

Kemelut rumah tangga kali ini bukan membabitkan konflik suami isteri sebaliknya kisah mentua dan menantu.

Menurut Ezah (bukan nama sebenar), tujuan dia menulis bukan untuk memburukkan sesiapa terutama mentua, sebaliknya sekadar mengajak pembaca berfikir dan mencari pengajaran jika ada.

Katanya, perkahwinan dengan Ikram (juga bukan nama sebenar) sejak 14 tahun lalu diserikan dengan empat cahaya mata berusia antara dua hingga 12 tahun.

Ezah lulusan ijazah sarjana dalam bidang teknologi maklumat (IT) dari sebuah universiti tempatan dan pernah bekerja di sebuah firma terkenal dengan gaji agak lumayan.

Suami isteri bekerja dengan gaji masing-masing hampir mencecah lima angka, membuatkan kewangan bukan jadi isu bagi keluarga muda ini.

Namun, selepas kelahiran anak bongsu kira-kira dua tahun lalu, dia mengambil keputusan berhenti kerja untuk menumpukan kepada keluarga.

“Semuanya bermula dengan insiden anak sulung kami, Akmar, ‘hilang’ selepas waktu sekolah. Dia bersekolah sebelah petang. Pergi dan balik sekolah menaiki bas sekolah, tetapi suatu hari dek leka bermain dia terlepas bas dan mengambil keputusan untuk pulang berjalan kaki.

“Pembantu rumah menghubungi saya, Akmar belum sampai rumah walaupun waktu itu sudah hampir pukul 8 malam. Saya dan suami ketika itu masih dalam perjalanan pulang dari kerja. Saya cuba hubungi kawan-kawannya, semua berkata tidak tahu di mana Akmar berada.

“Pukul 10 malam baru dia ditemui selepas dihantar oleh jiran yang kebetulan ternampak dia berjalan seorang diri. Sepanjang tempoh dia hilang nyawa saya macam hilang dari badan. Pelbagai perkara buruk saya fikirkan, macam mana kalau saya tidak dapat berjumpa dengan anak saya semula dan macam-macam lagi.

“Insiden tersebut bagai wake up call, menyentak kami daripada kelekaan. Terlalu memikirkan soal kerja dan kesenangan untuk keluarga, kami lupa apa yang lebih diperlukan anak-anak, iaitu ibu bapa mereka. Selama ini kami ambil mudah, menyerahkan banyak tanggungjawab kepada pembantu rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman