Khamis, 23 Januari 2014

Nurul Izzah Fail Cerai

Oleh TAN YI LIANG
Sumber : mStar Online

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disahkan memfail penceraian terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Syariah Jalan Duta.

Pemeriksaan rekod mahkamah oleh The Star Online mendapati kes perceraian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan suaminya itu wujud.

Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35, pada akhir Disember tahun lalu.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu.

Bagaimanapun beliau meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyediakan dokumen berkaitan.



Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada wujud pihak ketiga disebalik keretakan hubungan pasangan berkenaan.

Pegawai mahkamah mengesahkan kes perceraian anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berada dalam sistem mahkamah.

Difahamkan kes itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan hakim, Ab Malek Awang.

Kedua-dua Nurul Izzah dan Raja Ahamd Shahrir Iskandar gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di kediaman Anwar di Bukit Damansara.

Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata berusia tujuh dan empat tahun.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman