Rabu, 15 Januari 2014

Mahkamah batal permohonan Wan Nor Azlin

Oleh : TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
Sumber : Sinar Harian
Tarikh : 15/01 /2014

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah di sini membatalkan notis tunjuk sebab yang dikemukakan dramatis Wan Nor Azlin Wan Husain, 46, terhadap bapanya berhubung isu pelanggaran penjualan rumah.

Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar membuat keputusan tersebut atas alasan plaintif dan peguamnya Mahyuddin Mat Zahari tidak hadir prodising, hari ini.

Terdahulu, peguam, Roslan Sujak Rafie yang mewakili Wan Hussain Wan Ibrahim, 77, dalam prosiding memohon mahkamah membatalkan notis tersebut berikutan kes induk (kes harta sepencarian) dan kes injuksi sebelum ini telah ditolak.

"Notis ini juga tidak wajar didengar memandangkan plaintif tidak hadir pada hari ini," katanya.



Pada 24 September lalu, mahkamah membenarkan bantahan awal Wan Hussain terhadap permohonan anaknya itu bagi mendapatkan harta sepencarian arwah ibunya hasil penjualan sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur kerana mahkamah tidak mempunyai kuasa selain Wan Nor Azlin tidak mempunyai locus standi ( tiada hak di sisi undang-undang).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman