Sabtu, 29 Ogos 2015

Waran tangkap ke atas Syarhan

Oleh : MOHD. TAUFEK RAZAK
Sumber : Kosmo
Tarikh : 28/08/2015


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Sya­riah di sini semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pengamal perubatan Islam terkenal, Ustaz Sharhan Shafie, 39, selepas gagal mengha­dirkan diri untuk didakwa berhubung tuduhan berkhalwat bersama dua beradik wanita pada 24 Ogos 2013.
Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain membuat keputusan itu selepas Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Zainor Rashid Hassin memaklumkan tentang ketidakhadiran tertuduh di mahkamah.
“Mahkamah bersetuju mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh selepas mendengar permohonan pihak pendakwa,” kata Mohd. Amran.
Turut dikenakan waran tangkap adalah salah seorang wanita yang dituduh berkhalwat itu, Umi Masjuri Hassan, 40, dan penjamin ke­dua-dua beradik tersebut, Mohd. Zainordin Abu Yamin.
Namun, adik Masjuri iaitu Masbelinda Hassan, 21, mengaku bersalah tetapi mahkamah tidak menerima pengakuannya selepas hakim mengumumkan untuk menarik diri daripada mendengar kes khalwat itu.

Ini berikutan Mohd. Amran turut mendengar kes pengesahan status perkahwinan antara Sharhan dan Umi Masjuri yang disebut buat kali pertama kelmarin.

Bagaimanapun, Mohd Amran membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengenakan ikat jamin sebanyak RM3,000 terhadap Masbelinda sementara menunggu kes khalwat itu disebut  semula pada 26  November depan.



Mengikut pertuduhan yang dibaca untuk Masbelinda, dia didakwa berada bersama seorang lelaki beragama Islam yang bukan suami atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak di sebuah apartment beralamat xxxxxx, Kuala Lumpur pada pukul 2.55 pagi, 24 Ogos 2013.

Masbelinda didakwa di bawah Seksyen 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan} 1997  yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman