Sumber : Harian Metro
Tarikh : 29/03/2015
Saya ingin tahu hak seorang isteri kedua kerana saya hidup bermadu. Isteri pertama mengatakan isteri kedua tidak mempunyai hak sama seperti isteri tua, malah tidak boleh menuntut apa-apa daripada perkahwinan saya.
Lebih mengecewakan, suami gagal berlaku adil dan sering melebihkan madu, sama ada dari segi pembahagian nafkah dan giliran bermalam. Bolehkah saya membuat aduan mengenai perkara ini ke pejabat agama?
MAWAR, Batu Pahat, Johor
Kehidupan berpoligami hendaklah dilaksanakan berdasarkan kelayakan seseorang berlaku adil kepada isterinya.
Sebagaimana dijelaskan melalui firman Allah bermaksud:
“... maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang saja...” (Surah an-Nisa, ayat 3)
Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Nilai adil berdasarkan perkara yang zahir sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu jangan kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan zalim), sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisa, ayat 129)
Oleh itu, untuk tindakan selanjutnya, puan boleh mendapatkan nasihat di pejabat agama dan mahkamah syariah. Hak giliran, harta sepencarian dan banyak lagi hak boleh dituntut daripada pihak lelaki.
hak seorang isteri kedua kerana saya hidup bermadu. Isteri
pertama mengatakan isteri kedua tidak mempunyai hak sama seperti isteri
tua, malah tidak boleh menuntut apa-apa daripada perkahwinan saya.
Lebih mengecewakan, suami gagal berlaku
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39970#sthash.KhzCwPA4.dpuf
Lebih mengecewakan, suami gagal berlaku
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39970#sthash.KhzCwPA4.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan