Ahad, 20 Julai 2014

Tempoh idah berubah bila hamil

Oleh : Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri
Sumber : Harian Metro 
Ruangan : Fikrah Dr. Salam
Tarikh : 18/07/2014



Saya baru bercerai dalam keadaan suci dengan talak satu (talak raji) di mahkamah rendah syariah dan beridah selama tiga kali suci.
Tanpa disedari saya mengandung ketika itu. Di sini saya ingin tahun, apakah status perceraian itu dan anak yang bakal lahir nanti? 
Keliru 
Kuala Lumpur
 
Status perceraian yang berlaku tetap sama iaitu jatuh talak sebagaimana yang sudah ditetapkan di mahkamah syariah.
Cuma perubahan berlaku kepada tempoh idah sebelum ini iaitu tiga kali suci kepada idah baru iaitu sehingga lahir anak.

Dengan kata lain, suami masih boleh melakukan rujuk dalam tempoh idah berkenaan jika dia mahu.

Bagaimanapun, kes ini perlu dibawa semula ke mahkamah syariah untuk penghakiman baru dengan memfailkan perkembangan dan bukti terbaru itu.

Apabila sudah ada keputusan mahkamah, sah taraf anak tidak jadi masalah. Dengan kata lain, anak boleh dinasabkan kepada ayahnya iaitu bekas suami puan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman