Khamis, 3 Julai 2014

Alasan untuk tuntut fasakh

Tarikh : 28 May 2006

DALAM keadaan bagaimanakah seseorang isteri boleh menuntut fasakh? Apakah perkara yang perlu diambil kira dalam penentuan nilai tuntutan? Adakah hakim akan mempersetujui nilai tuntutan berkenaan seperti diminta pihak isteri?

SHAH
Kuala Lumpur

JAWAPAN

Fasakh boleh ditakrifkan sebagai pembubaran atau pembatalan perkahwinan melalui perintah kehakiman.

Keharusan fasakh ini tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran. Namun, ia digarap berdasarkan larangan melakukan kemudaratan seperti dalam hadis bermaksud: “Tidak memudaratkan dan tidak dimudaratkan.”


Menurut Ibn Nujaim, hadis ini menyentuh larangan membawa mudarat dan melakukan mudarat ke atas orang lain. Mengikut hukum syarak, ada beberapa alasan yang membolehkan fasakh iaitu:
• Fasakh disebabkan ghaib atau suami menghilangkan diri dan menyebabkan isteri mengalami kemudaratan sepanjang peninggalan itu.
• Fasakh kerana kegagalan memberi nafkah.

Apabila suami memiliki harta atau pekerjaan tetapi tidak memberi nafkah kepada isterinya, haruslah bagi isteri itu menuntut fasakh kerana memberi nafkah kepada isteri adalah wajib berdasarkan hadis bermaksud: “Dan bagi isteri-isteri itu wajib atas kamu (suami-suami) memberi nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang makruf.”
• Fasakh kerana dipenjara.
• Fasakh kerana keaiban atau kecacatan seperti mati pucuk bagi suami atau gila bagi isteri.

Bagaimanapun, jika kecacatan itu berlaku sebelum akad nikah dan diketahui isteri tetapi isteri menyatakan persetujuan untuk meneruskan perkahwinan, isteri tiada hak menuntut fasakh selepas perkahwinan berlaku, begitu juga jika isteri reda selepas perkahwinan.
• Fasakh kerana penganiayaan.

Tiada nilai untuk tuntutan fasakh, tetapi nilai tuntutan dikira jika perceraian khuluk.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman