Isnin, 31 Mac 2014

Wanita kena asid cadang fail perceraian

Sumber : Sinar Harian - Skuad
Tarikh : 2014/03/18

Kota Bharu: Seorang wanita yang melecur hampir 40 peratus akibat disimbah petrol sebelum dibakar oleh suaminya awal bulan ini, bercadang memfailkan perceraian kerana tidak tahan dengan lelaki itu yang disifatkan sebagai cemburu buta.

Malah, kejadian hitam itu menyebabkan Rohfadla Abdullah, 35, kemurungan dan enggan berjumpa dengan orang ramai kerana melecur teruk di muka dan badan.

Adik mangsa, Ahmad Shafiq, 21, berkata selepas mengalami penderitaan sepanjang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, hampir dua minggu, kakaknya menyuarakan hasrat untuk bercerai dan mahu memulakan kehidupan baru.



Sedih muka melecur teruk

“Hati siapa tidak sedih melihat kakak terbaring dengan muka dan badan melecur angkara perbuatan suami sendiri. Selepas hampir tiga minggu, Rohfadla meminta saya ke Mahkamah Syariah untuk mengambil borang sebelum memfailkan perceraian.

“Kakak saya nekad untuk bercerai kerana menyifatkan suaminya sudah melakukan perbuatan yang melampaui batas sehingga dia nyaris maut. Selepas keluar hospital, kakak enggan berjumpa dengan orang ramai.

“Dia lebih suka menyendiri dalam bilik sehinggakan tiga anaknya dijaga oleh isteri saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi pada 2 Mac lalu, Rohfadla melecur selepas disimbah petrol dan dibakar suaminya kerana mengesyaki dia menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman