Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 14/03/2014
SHAH ALAM 13 Mac - “Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Apa yang saya buat dari awal memang mengikut syarak," kata penyanyi era 1980-an, Raisuddin Hamzah.
Bapa kepada penyanyi Siti Sarah itu berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengesahkan perkahwinannya dengan isteri kedua, Siti Fatimah Suberi di Songkhla, Thailand pada 2007 adalah mengikut hukum syarak.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Salehan Yatim selepas menolak permohonan bapa mentua Raisuddin, Suberi Abdullah untuk membubarkan perkahwinan antara artis itu dengan Siti Fatimah, 27, secara faraq.
Raisuddin, 58, menikahi Siti Fatimah sebagai isteri keduanya di negara jiran pada malam sambutan tahun baharu 2007.
Suberi, 54, yang tidak berpuas hati dengan pernikahan itu memfailkan permohonan faraq nikah pasangan tersebut mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007.
Suberi membuat permohonan itu atas alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan mengenai pernikahan tersebut.
Kes itu didengar serentak bersama permohonan pengesahan nikah yang difailkan pasangan itu.
Hakim tersebut dalam keputusannya menyatakan, mahkamah berpuas hati rukun nikah adalah sempurna sekali gus membenarkan permohonan Raisuddin dan Siti Fatimah untuk mengesahkan pernikahan itu.
Menurut Hakim Salehan, terdapat beberapa isu berkaitan kes itu yang tidak dapat dibuktikan dan tidak memenuhi kriteria.
Menurutnya, mahkamah berpendapat perbezaan umur yang jauh antara kedua-dua responden tidak memenuhi kriteria untuk menyatakan mereka tidak sekufu.
Artikel-artikel yang dijumpai oleh pemilik blog ini yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. Semoga ianya bermanfaat, insyaAllah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Talian NUR 15999
Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan