Selasa, 18 Februari 2014

Nurul Izzah masih berusaha cari penyelesaian kes cerai

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 18/02/2014


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masih berusaha mencari penyelesaian secara baik kes cerai yang difailkan terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Syariah di sini, bulan lepas.

Perkara itu diberitahu peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah ketika ditemui pihak media di luar mahkamah selepas kes disebut di dalam kamar Hakim Syarie Ab. Malek Awang.

"Pihak-pihak masih dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian untuk selesaikannya secara baik," kata peguam itu.

Ketika ditanya sama ada akan bercerai atau sebaliknya, peguam itu masih menjawab perkara sama.

Mahkamah kemudian menetapkan kes itu untuk sebutan semula pada 11 Mac depan.



Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35, hadir ke mahkamah ditemani peguamnya, Muhamad Nakhaei Ishak. Bagaimanapun, Nurul Izzah tidak hadir ke mahkamah.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman