Jumaat, 8 April 2016

ADAT ATAU SYARAK?

Oleh : TUN ABDUL HAMID MOHAMAD ialah bekas Ketua Hakim Negara
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 18/03/2016


Datuk Seri Mahmud Abu Bekir baru-baru ini diarah oleh Mahkamah
Datuk Seri Mahmud Abu Bekir baru-baru ini diarah oleh Mahkamah Syariah Jalan Duta, membayar mutaah RM30 juta kepada bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid. utusan/Hafiz Johari
HARTA sepencarian ber­asal daripada adat Me­­layu. Perkara ini ber­bangkit daripada ke­­a­daan tempatan. Da­­hu­lu, suami isteri sama-sama memugar tanah untuk dijadikan sawah, kebun atau dusun. Apabila berlaku perceraian, si suami hanya “menghantar balik” si isteri kepada ibu bapanya atau saudara mara di kampung asalnya sehelai sepinggang, biasanya bersama anak-anak yang masih kecil. Si suami kahwin lain. Pada masa itu belum ada Mahkamah Syariah, Enakmen Keluarga Islam, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan lain-lain undang-undang berkenaan.

Dalam keadaan itulah, untuk berlaku adil kepada si isteri, mengikut adat pada masa itu, harta yang sama-sama dicari dan diusahakan dibahagi di antara si suami dan si isteri. Adat itu telah diterima pakai oleh Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi (Sivil) (Hakim-Hakim British) dalam kes-kes di hadapan mereka, sebelum merdeka.

Selepas merdeka, apabila Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam dibuat, ‘harta sepencarian’ telah dikanunkan dengan nama asalnya ‘harta sepencarian’ sedangkan tuntutan-tuntutan lain seperti ‘nafkah’ dan ‘mutaah’ menggunakan bahasa asalnya iaitu bahasa Arab.

Sebagai misalan, Seksyen 46(2)(b)(iv) Akta Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993(APAI (WP) 1993) memperuntukkan:
(2) “Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah — (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan — (iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian”.

Rabu, 6 April 2016

Padah akibat suami sombong bila sudah kaya

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 27/03/2016

kartun
“PADA pandangan saya hanya mereka yang merasa dan melalui hidup bermadu sahaja yang boleh mencurahkan isi hati mereka tentang seksanya hidup bermadu. Kalau takat suami bercinta lagi dan kemudian mengugut nak kahwin lagi rasanya memang ramai yang melaluinya, dan banyak pengalaman mereka, tetapi tidaklah sesakit hati isteri yang dimadukan.

“Tambah menyakitkan hati bila pengorbanan kita tidak dihargai, tetapi tak mahu melepaskan kita jika merasakan diri ini sudah tidak berguna lagi.’’ Itu curahan hati Nuradilah dalam e-melnya dan ketika kami berbual di telefon.

“Pada hemat saya terdapat dalam kalangan suami bila mereka berpangkat, berkedudukan dan bergaji lebih sikit dari isterinya dan berpelajaran tinggi, egonya setinggi langit. Dia pandang kita tak ubah macam kuli, dan khidmat kita hanya diperlukan ketika dia perlukan sahaja, lepas itu dia buat tak peduli. Pada perasannya dialah raja, dia boleh buat apa dia suka.

“Saya tak salahkan dia seratus peratus, mungkin inilah didikan ibunya ketika Ky masih bujang. Ky memang baik orangnya, semasa kami berkawan, tak banyak cakap. Tetapi suka bercerita tentang kemampuan dan kedudukan mereka, susur galur keluarga besarnya, tentang adik beradiknya berpelajaran tinggi, bergaji besar dan berpangkat.

“Sebagai anak keempat dia mempunyai cita-cita untuk jadi seperti kakak dan abangnya. Nasihat emaknya kalau tak berani berusaha mengubah diri, sampai bila pun tak akan berjaya. Jadi untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa kali Ky bertukar-tukar kerja. Katanya dia mesti cari kerja yang sesuai dengan jiwanya, dan taraf serta kedudukannya selain kebolehannya.

“Baru dua tahun kahwin dia tukar kerja, ketika itu saya hamil anak pertama. Katanya kerja barunya tawar dia gaji lebih besar. Tempat lama tak bagus, lepas dapat anak ketiga dia tukar kerja lagi, katanya kerja barunya lebih baik untuk masa depan anak-anak. Saya nasihatkan dia jangan terlalu suka lompat-lompat kerja, tetapi katanya saya tak tahu apa jangan menyibuk. Dia tahu apa yang dia buat dan jangan cuba halang tindakannya.

Selasa, 5 April 2016

Dilema anak mangsa perceraian

Beri kesan terhadap perkembangan anak

Oleh : Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 24/03/2016


KERANA kesempitan hidup terdapat kanak-kanak terpaksa berhenti
Kerana kesempitan hidup terdapat kanak-kanak terpaksa berhenti sekolah untuk membantu keluarga mereka mencari rezeki. - GAMBAR HIASAN
KEGEMBIRAAN menerima menantu dapat dilihat daripada raut muka pasangan ibu bapa. Namun, tidak semua bernasib baik, ada juga yang menerima menantu seorang diri kerana suami atau isteri telah meninggal dunia atau bercerai semasa anak-anak masih kecil.

Bagi pasangan pengantin pula, jika ibu bapa mereka pernah bercerai, melangkah masuk ke alam perkahwinan adalah satu langkah yang mencabar. Malah ramai daripada mereka berfikir panjang kerana takut apa yang terjadi kepada ibu bapa mereka bakal terjadi kepada mereka.

Oleh itu, ada yang memilih untuk tidak berkahwin dengan alasan “takut dapat suami macam bapa” atau “takut beristeri orang seperti ibunya!”

Dalam perkahwinan, perkara utama ialah nafkah semasa berkahwin dan selepas bercerai. Semasa pasangan berkahwin, soal makan minum, tempat tinggal, pakaian dan perubatan isteri serta anak-anak ditanggung suami sebagai orang yang bertanggungjawab memberi nafkah.

Kebanyakan pasangan hari ini tidak jelas mengenai nafkah kerana kedua-dua pasangan bekerja. Adalah lebih baik merujuk al-Quran dan hadis dalam hal ini. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah, 233: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan ke atas bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya,”

Isnin, 4 April 2016

Perceraian: Dugaan hidup berkeluarga

Turut memberi kesan kepada anak-anak, keluarga

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 03/03/2016

0
DUGAAN rumahtangga yang paling hebat ialah pergaduhan sehingga
DUGAAN rumahtangga yang paling hebat ialah pergaduhan sehingga berlakunya perceraian. - GAMBAR HIASAN
SEMINGGU dua ini kita membaca cerita mengenai perceraian yang meningkat terutamanya di Lembah Klang. Jika mengikut statistiknya, empat pasangan bercerai setiap jam dan kebanyakan mereka yang bercerai telah berkahwin antara tiga ke lima tahun. Kita juga dilambakkan dengan berbagai alasan perceraian yang remeh-temeh seperti berebut “remote control”, makan kerepek dalam kereta dan sebagainya.

Ada juga laporan yang mengatakan sebab utama perceraian ialah kerana suami didera oleh isteri. Berbagai-bagai reaksi diterima sehingga ada yang mencadangkan sebuah kementerian untuk lelaki diwujudkan. Saya percaya, penderaan suami oleh isteri berlaku di abad ke-21 ini, namun ia bukanlah sebab utama perceraian. Malahan isteri yang didera suami jauh lebih besar jumlahnya jika dibandingkan dengan kes isteri mendera suami.

Dalam Islam kuasa talak itu di tangan suami dan suami wajib menceraikan isterinya yang nusyuz atau yang menderhaka kepadanya. Kes suami dibuli isteri walaupun ada namun jumlahnya tidak sampai lima peratus pun setahun bagi keseluruhan kes penderaan.

KETIDAKSEFAHAMAN

Alasan paling mudah diberikan oleh pasangan yang memohon untuk bercerai. Ketidaksefahaman berlaku kerana pasangan tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam perkahwinan, masih memilih cara sendiri dalam urusan harian dalam rumahtangga sedangkan apabila sudah berkahwin, setiap pasangan perlu memikirkan bagaimana rumahtangga tersebut boleh berterusan dengan penuh kebahagiaan termasuk mengambil kira hati dan perasan pasangan masing-masing.

Lima tahun bukan tempoh percubaan

Usah jadikan tanggapan pincang itu sebagai pegangan

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 01/03/2016

Perkahwinan terbubar biasanya  kerana  tiada sefahaman. - Gambar
Perkahwinan terbubar biasanya kerana tiada sefahaman. - Gambar hiasan
Isu keruntuhan rumah tangga dalam tempoh lima tahun pertama melayari rumah tangga adalah satu keadaan benar yang mana terjadinya kes-kes perceraian paling tinggi.

Pensyarah di Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM), Siti Azura Bahadin, berkata, banyak kajian mahupun penyelidikan yang dilakukan, rata-rata berpendapat perceraian lebih kerap berlaku di awal usia perkahwinan berbanding melewati 10 tahun ke atas.

Dalam kata lain, jika pasangan mampu menyesuaikan diri dan menghadapi cabaran dan dugaan dalam tempoh lima tahun pertama, bererti mereka mampu untuk meneruskan dan melayari bahtera rumah tangga sebaiknya selepas tempoh tersebut.

Ini kerana, lima tahun pertama boleh dikatakan tempoh kritikal dalam memahami hati budi masing-masing dan penyesuaian gaya hidup pasangan yang beraneka ragam.

“Pasangan suami isteri yang muda selalu mengalami masalah keruntuhan rumah tangga di lima tahun pertama ini berbanding orang dewasa yang sudah matang. Namun, ada juga pasangan yang pernah berumah tangga tetapi masih tidak mampu mempertahankan perkahwinan mereka akibat daripada masalah dan cabaran yang tidak mampu mereka tangani bersama.

“Mereka masih mengikut rentak yang sama dari kegagalan rumah tangga yang lalu dan tidak belajar daripada kesilapan silam.

“Antara punca perceraian bagi pasangan yang berkahwin dalam tempoh lima tahun ini kebanyakannya berpunca daripada sikap curang, apabila ada orang ketiga menjadi dalang dalam rumah tangga, berkasihan dengan orang yang ketiga sehingga mengabaikan tanggung jawab sebagai suami atau isteri.

“Ada yang masih berhubungan dengan bekas kekasih dan ada yang terus melakukan maksiat walaupun sudah beristeri. Biasanya kes ini terjadi apabila lama-kelamaan si isteri pada pandangan suami atau sebaliknya nampak semakin ‘jelik’ dan kehendak-kehendak diri tidak dipenuhi oleh pasangan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman