Ahad, 22 Oktober 2017

Akta Keganasan Rumah Tangga lindungi mangsa




Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
Sumber : Berita Harian
Tarikh : 03/10/2017

KUALA LUMPUR: Akta Keganasan Rumah Tangga bertujuan melindungi wanita daripada penjenayah, bukan untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan.
Ketua Unit Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur, R Kantheswarry, berkata ramai wanita yang salah tanggapan menyebabkan golongan itu berdiam diri apabila didera suami.
Katanya, mereka menyangka apabila aduan dibuat kepada polis atau JKM, pelaku akan didakwa seterusnya isteri hilang tempat bergantung atau tidak mahu menanggung malu.
Akta yang baharu sahaja dipinda Ogos lalu itu turut membabitkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO), iaitu wanita boleh dilindungi dalam tempoh 24 jam di JKM.
Selepas itu, keluarga berkenaan akan diberi sesi kaunseling bagi merungkai permasalahan yang mungkin mereka hadapi.
Orang ramai, khususnya wanita wajar mengetahui peranan EPO supaya bertindak segera dengan membuat aduan jika menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Wanita lebih cenderung minta cerai : Pakar

Oleh Saadiah Ismail

Sabtu, 21 Oktober 2017

Jumaat, 20 Oktober 2017

Tiada calon sesuai dan faktor kewangan punca lewat kahwin

Oleh Norhafzan Jaafar dan Saadiah Ismail

Khamis, 19 Oktober 2017

Kahwin lewat cetus risiko negara tua, ibu bapa patut bantu cari jodoh

Oleh Sophia Ahmad dan Hazwan Faisal Mohamad

Selasa, 17 Oktober 2017

Belum nikah dilarang beku sel telur - Fatwa

Sumber : Berita Harian
Tarikh : 07/01/2016



KUALA LUMPUR: Mengikut satu fatwa, wanita Islam di negara ini dilarang membekukan sel telur mereka sebelum bernikah.
Pada masa sama, undang-undang syariah hanya membenarkan sel telur wanita disenyawakan dengan sperma suami sendiri, sekali gus melarang sama sekali pembekuan sel telur itu untuk tujuan sosial, kata pakar kesuburan, Dr Natasha Ain Mohd Nor.
"Malah fatwa sudah dikeluarkan yang melarang pembekuan sel telur sebelum berkahwin.
"Bagaimanapun selepas berkahwin, mereka boleh membekukan sel telur asalkan proses persenyawaan menggunakan sperma suami sendiri, " katanya kepada Bernama.
Dr Natasha berkata, Islam hanya menggalakkan pembekuan sel telur jika wanita berkenaan tidak mampu hamil secara biasa atas masalah perubatan, bukannya atas faktor sosial lain seperti wanita muda yang bujang membekukannya supaya boleh mengandung pada masa depan.
Mengenai pemikiran terkini wanita Islam di negara ini mengenai pembekuan sel telur, Dr Natasha berkata: "Mereka masih belum memikirkannya kerana kos yang begitu tinggi. Kos pembekuan sel telur adalah antara RM15,000 hingga RM17,000."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman