Tarikh : 19/02/2017
Suami terlibat bahan terlarang
Saya telah berkahwin selama setahun lebih. Sekarang kami dalam proses perceraian. Saya menuntut fasakh kerana suami enggan menceraikan saya secara baik.
Buat pengetahuan ustaz, suami saya terlibat dengan bahan terlarang dan itu yang menyebabkan saya membuat keputusan ini. Apakah tindakan saya ini salah? Keluarga di sebelah suami memandang seolah-seolah saya bersalah dalam hal ini sedangkan saya sudah memberi banyak peluang kepada suami untuk berubah tetapi semuanya tidak dihargai.
UKE: Apabila seseorang gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai suami maka isteri berhak mempertahankan haknya. Malah berhak berjuang untuk mendapatkan haknya. Apatah lagi jika suami mengambil barang terlarang yang sudah pasti akan merencatkan keharmonian rumah tangga dan pengabaian hak akan berlaku.
Maka jika puan melihat si suami sudah tidak mampu lagi memguruskan dirinya sendiri dan juga keluarga maka harus bagi puan menuntut sesuatu daripada dia walau fasakh sekalipun.
Tidak timbul salah menyalah daripada pihak keluarga si suami jika puan memang ada hak untuk menuntut fasakh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan