Ahad, 20 Ogos 2017

Saya ada maruah, bukan untuk diaibkan

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 05/08/2017


SEORANG isteri inginkan hidup bahagia bersama suami tersayang. Susah senang mereka sanggup harungi asalkan dapat hidup bersama lelaki yang mereka sayangi.
Bukan untuk sehari dua tetapi kalau boleh sampai ke akhir hayat. Tetapi perancangan manusia tidak sama dengan perancangan Allah. Demikian juga yang dilalui oleh Maria (bukan nama sebenar).
“Majlis reunion yang dihadiri suami membuka segalanya. Suami mula beralih kasih. Dia berubah. Saya pun pelik kenapa ada suami apabila pergi reunion jumpa bekas kawan universiti, kawan kerja yang perempuan cepat sangat berubah hati.
“Termenung sana termenung sini. Telefon tak lepas dari tangan. Hujung minggu tak lekat rumah,” cerita Maria.

Kita ikuti luahan hati Maria yang berkongsi kisahnya memendam rasa dengan sikap dan perangai suaminya.
Begini ceritanya.
“Umur saya lewat 30-an, bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat swasta. Suami Azim (bukan nama sebenar) berusia 40 tahun, seorang penjawat awam yang berjawatan tinggi juga.
“Kami sudah berkahwin 15 tahun dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara 8 hingga 14 tahun, kesemuanya masih bersekolah.
“Saya berkahwin atas dasar cinta dan suka sama suka. Suami anak bongsu kesayangan ibu bapanya. Jadi saya banyak kena bersabar dan akur dengan keadaan itu. Bagaimanapun ia bukan masalah besar untuk saya.
“Memang dia suami dan bapa yang penyayang. Sangat ambil berat akan rumah tangga. Makan minum kami terjaga. Tetapi itu dahulu. Sekarang keadaan telah berubah setelah dia ada orang lain.
“Setahun lalu saya mula menghidu kecurangannya. Di rumah dia jadi pendiam. Kurang berkomunikasi dengan kami. Anak-anak mula perasan dan kerap bertanya kenapa ayah macam itu mak?

Jumaat, 18 Ogos 2017

Diceraikan kerana gangguan tangan halus

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 06/08/2017

“DARI sebelum berkahwin, hinggalah kita wanita beranak pinak, telinga mereka sering dipasak dengan pelbagai nasihat, sama ada dari ibu bapa, mahupun daripada para ustaz yang sering berceramah tentang resepi membahagiakan keluarga. Resepi pertama isteri mesti menghormati suami, kedua jangan melawan dan ketiga mesti berkorban apa sahaja untuk suami, kerana syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Kata mereka jika semua ini dilaksanakan baru rumahtangga aman damai, bahagia hingga ke jannah.
“Malangnya kita jarang dengar nasihat para ustaz supaya suami melayan isteri dengan baik, bertanggungjawab, dan menjalankan kewajipan sebagai ketua dengan memberi makan minum serta pakaian dan tempat tinggal kepada anak dan isterinya. Sebaliknya isteri dinasihatkan supaya bantu-bantu jika suami perlukan bantuan dan kurang mampu.
“Kerana terlalu menghormati, dan berkorban inilah juga banyak berlaku kes suami tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan baik kepada anak isterinya, baik semasa bersuami isteri lebih teruk selepas bercerai.’’ Itu cerita Norshima yang ditemui semasa menghadiri kelas khidmat guaman secara percuma anjuran Kumpulan Sokongan Ibu Tunggal (KSIT) di Bangi baru-baru ini.
Ketika kami berbual panjang Norshima beritahu, dia telah berkorban demi kebahagiaan keluarga, sanggup berhenti kerja kerana mengikut suami belajar keluar negara, melahir dan membesarkan anak-anak, tetapi setelah segala-galanya berhasil, pengorbanan saya itu langsung tidak dipedulikan, sebaliknya, saya dimadukan dan selepas beberapa bulan kerana isteri baru tidak mahu bermadu, dia diceraikan. Adakah ini adil?
“Memang saya tak tahu awalnya suami saya Iwan sudah berkahwin baru, kerana dia seorang suami yang baik, sentiasa rapat dengan anak-anak, bekerja keras, tetapi mungkin kerana kelembutan dan kelemahannya inilah punca dia mudah lemah kepada pujukan wanita, akhirnya dia nikah lagi. Segalanya berlaku dengan pantas dan dalam masa tak sampai setahun tanpa saya sedari selepas dia berkahwin saya diceraikan.

Khamis, 17 Ogos 2017

Isteriku pemalas pilih drama televisyen daripada kemas rumah

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 12/08/2017

Betapa beruntungnya lelaki yang dapat isteri rajin dan pandai mengurus rumah tangga. Menjaga makan minum suami, mengurus anak-anak dan memberi layanan terbaik untuk seluruh keluarga.
Alangkah manisnya hidup andai rumah tangga dihiasi dengan kasih sayang dan tangungjawab yang tidak berbelah bahagi antara kedua-dua pasangan suami isteri.
Berkongsi kasih sayang, berkongsi cerita dan saling membantu antara satu sama lain dalam mengharungi masalah hidup.
Akan tetapi bagaimana jika isteri yang diharap menjadi pengurus rumah tangga yang baik tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Mari kita ikuti cerita Amirul (bukan nama sebenar). Mungkin boleh dijadikan teladan dan panduan dalam mengharungi hidup berumah tangga.
Ini kisahnya.
“Saya seorang eksekutif di sebuah bank dan berusia 45 tahun. Isteri, seorang penjawat awam. Kami sudah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan tiga orang anak, seorang lelaki dan dua perempuan yang masih bersekolah, berusia 10 hingga 14 tahun.
“Isteri, wanita pilihan saya yang saya pilih untuk menjadi teman hidup saya dengan doa semoga sampai ke hujung nyawa.
“Rumah tangga kami aman damai. Saya sayang isteri dan anak-anak, begitu juga dengan isteri. Memang dia wanita pilihan saya. Masa berkahwin, saya tidak nampak kekurangannya.

Rabu, 16 Ogos 2017

Sumber : Mstar
Tarikh : 24/5/2017

MELAKA: Gara-gara mengamuk dan mencalarkan cat kereta milik bekas suami menggunakan batu bata pada Januari lepas, seorang ibu tunggal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, Selasa.

Majistret Mohd Firdaus Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Salmila Saludin, 38, selepas wanita berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan jika dia gagal membayar denda.

Ibu kepada tiga anak itu membayar denda tersebut.

Salmila dijatuhi hukuman denda RM1,500 kerana melakukan khianat setelah mengamuk dan mencalarkan cat kereta milik Nordin Mohd Ali, 48, menggunakan batu bata di No. 6, LP 12 Limbongan Permai di sini, kira-kira 6.45 petang pada 27 Januari lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pukul Isteri Sarat Hamil, Suami Dipenjara

Sumber : mstar 
Tarikh : 18/07/2017

KUALA LUMPUR: Akibat memukul isteri yang sarat hamil sembilan bulan kerana berang wanita itu pergi ke asrama dihuninya tanpa kebenarannya, seorang eksekutif jualan dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Nor Idzwan Shaharudin, 25,  selepas dia mengaku bersalah mencederakan isterinya yang berumur 26 tahun, dengan memukul badan, menendang dan menampar muka wanita itu  beberapa kali.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap iaitu semalam (17 Julai).  Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di asramanya di Brickfields di sini, pada 2 pagi, 12 Julai lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman