Umum mengetahui punca berlaku perceraian kerana seringkali diperkatakan dalam akhbar tempatan. Jika diteliti, masalah utama adalah kurangnya visi dan misi dalam menentukan hala tuju perkahwinan sepertimana yang digariskan oleh Islam.
Dalam hal ini, suami sepatutnya memainkan peranan penting sebagai nakhoda dalam rumah tangga. Dialah yang sepatutnya menjadi rujukan dalam menentukan hala tuju sesebuah keluarga yang bermatlamat mendapat keredaan Allah SWT.