Selasa, 7 Februari 2017

Kurangkan kadar perceraian

Sumber : Utusan Malaysia (Forum)
Tarikh : 18/Jan/2017

SAUDARA PENGARANG,

KADAR perceraian dalam kalangan umat Islam di Malaysia menunjukkan peningkatan amat membimbangkan.
Umum mengetahui punca berlaku perceraian kerana seringkali diperkatakan dalam akhbar tempatan. Jika diteliti, masalah utama adalah kurangnya visi dan misi dalam menentukan hala tuju perkahwinan sepertimana yang digariskan oleh Islam.
Dalam hal ini, suami sepatutnya memainkan peranan penting sebagai nakhoda dalam rumah tangga. Dialah yang sepatutnya menjadi rujukan dalam menentukan hala tuju sesebuah keluarga yang bermatlamat mendapat keredaan Allah SWT.
Oleh yang demikian, pembangunan diri seseorang lelaki perlu dititikberatkan sejak kecil lagi agar mereka memiliki sifat kepimpinan, bertanggungjawab dan akhlak mulia yang dapat mencorakkan rumah tangga seperti yang digariskan oleh ajaran Islam.
NOOR HALIZA ALI
Putrajaya

101 pasangan bercerai setiap hari tahun lalu

Oleh : Zamzurina Ahmad
Tarikh : 15/Jan/2017
Sumber : Utusan Malaysia

PEKAN 15 Jan. -Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sebanyak 101 pasangan dilaporkan bercerai setiap hari pada tahun lalu.
Ia menjadikan jumlah penceraian  sebanyak 36,732 pasangan di seluruh negara dalam tempoh berkenaan.

Hampir bercerai tidak cukup wang

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 14/Jan/2017


Amir menyesali tindakan tanpa berfikir panjang dahulu kerana desakan
Amir menyesali tindakan tanpa berfikir panjang dahulu kerana desakan wang hantaran. 


KISAH pemuda berusia 30 tahun ini bukan sesuatu yang luar biasa berlaku dalam masyarakat kita.

Oleh kerana wang hantaran tidak cukup, dia hampir-hampir menceraikan isteri yang baru dinikahi kira-kira sebulan.

Eksekutif yang mahu dikenali sebagai Amir ini mengakui kepada Utusan Malaysia Sabtu, kerana hilang sabar, dia hampir melafazkan talak kepada isterinya selepas sebulan bernikah. Ketika itu, mereka sedang merancang mengadakan majlis persandingan.

Isnin, 6 Februari 2017

Ketahui hak 
selepas perceraian

Sumber : Utusan Malaysia (Keluarga)
Tarikh : 2/Feb/2017


PENENTUAN jumlah nafkah selepas perceraian lazimnya ditentukan
PENENTUAN jumlah nafkah selepas perceraian lazimnya ditentukan oleh pihak mahkamah. - GAMBAR HIASAN 

WALAUPUN perceraian bukanlah matlamat dalam perkahwinan, namun realitinya ramai pasangan yang berhadapan dengan kes perceraian masih tidak tahu apakah hak perlu ditunaikan apabila mengalami situasi tersebut.
Secara umumnya, hak selepas perceraian boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu berkaitan dengan harta iaitu meliputi nafkah, mutaah dan harta sepencarian serta hak 
tidak berkaitan dengan harta iaitu hak jagaan anak dan tempat tinggal.
Bagi tuntutan nafkah boleh dibuat oleh isteri atau bekas isteri, sama ada berupa nafkah tertunggak, nafkah semasa ataupun nafkah idah.

Entri pertama tahun 2017 : Lamanya tak update blog.... :-( :-C



Saya ingin memohon maaf kepada pengunjung yang singgah di blog saya....
Banyak artikel yang tak sempat nak dikongsikan di blog ini...

Masih ramai yang email soalan walaupun blog ini tidak ber'update'.. terima kasih kerana sudi bertanya... seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, mana yang saya tahu sahaja, saya jawab, insyaAllah...

Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua dalam menghadapi pelbagai ujian hidup di dunia yang hanya sementara ini...

Jangan putus asa, berusahalah cari jalan keluar dalam setiap masalah yang dihadapi... Mohon petunjuk dgn sentiasa berdoa semoga Allah SWT kurniakan yang terbaik buat diri kita. DIA yang Maha Mengetahui apa yang kita lalui, segala kekuatan dan kelemahan kita...


Jaga diri..jaga keselamatan dan kesihatan diri...

Semoga Allah SWT lindungi kita daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Terima kasih.

Sya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Talian NUR 15999

Hubungi Talian Nur (15999) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat untuk kes penderaan, kes keganasan rumahtangga, kes-kes domestik dan kebajikan yang lain termasuk penderaan wanita, pembantu rumah dan lain-lain.

Halaman