Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Ketua Hakim Syarie Malaysia, Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut berkata, beliau menerima aduan terhadap sikap segelintir pegawai syariah yang bersikap sedemikian dan hal itu mengecewakan.

“Terdapat kes pegawai syariah yang memberi jawapan tidak tahu kepada pelanggan yang bertanyakan soalan mengenai tarikh perbicaraan di mahkamah syariah kerana bukan kes di bawah kendaliannya dan sikap itu ditegur kerana memburukkan imej pegawai-pegawai syariah yang lain.

“Jika tidak tahu sekali pun, pegawai-pegawai syariah boleh membantu dengan merujuk kepada pegawai-pegawai atau pihak yang lain,” katanya sewaktu berucap pada Wacana Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Institut Latihan Islam Malaysia di Bandar Baru Bangi, dekat sini hari ini.