Sumber : Berita Harian
Tarikh : 29 Jan 2016
Beberapa minggu lalu sebuah akhbar harian melaporkan satu dapatan tidak menggembirakan berkenaan statistik perceraian dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Dengan tajuk 'Negara Malaysia - negara janda dan duda' adalah satu kenyataan sinis dan satu tamparan untuk menyedarkan kita supaya mengambil berat perkara ini. Dilaporkan hampir 156 pasangan Islam bercerai setiap hari dan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh enam tahun. Jika statistik itu benar, maka boleh dikatakan dalam sehari sahaja ada 156 orang perempuan menjadi janda, 156 lelaki menjadi duda dan berapa ramai anak hilang nikmat dibesarkan dalam sebuah rumah tangga bersama ayah dan ibu.
Akhbar itu turut mendedahkan punca remeh-temeh dan ada yang tidak masuk akal menyebabkan berlakunya perceraian seperti suami menceraikan isteri kerana rupa bentuk badan isteri tidak cantik dan kurang menyenangkan suami dan punggung isteri menggerutu.
Sebab lain, isteri suka makan dalam kereta dan ia menimbulkan kemarahan suami, isteri suka membasuh baju pada waktu malam yang mungkin menyebabkan suami ingin tidur bersamanya menjadi marah dan tidak dapat bersabar.
Berlaku perceraian kerana isteri lambat menyediakan makanan hingga menimbulkan kemarahan suami. Isteri suka membeli-belah dan mengikuti rombongan golongan ibu menyebabkan timbul ketegangan serta tidak disukai suami, berebut siaran televisyen dan pelbagai alasan lain yang dianggap remeh.
Cerai seperti perkara mainan
Apakah yang terjadi dalam masyarakat sehingga perceraian menjadi seperti perkara mainan sahaja. Apabila berlaku perceraian, sama ada kita ingin akui atau tidak, anak yang paling kuat menerima kesannya. Anak mangsa cerai terpaksa tinggal dengan ibu atau bapa.