Sumber : Sinar Harian
Tarikh : 30/09/2013 SOALAN: Saya telah bernikah di Selatan Thailand dan pernikahan secara wali am setahun lalu. Sehingga sekarang ini, saya dan suami masih belum mendaftarkan pernikahan ini di mana-mana pejabat agama Islam. Apa yang perlu saya lakukan untuk selesaikan masalah ini?
JAWAPAN: Matlamat perkahwinan adalah untuk menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan. Dalam erti kata lain, memenuhi keperluan atau tuntutan batin manusia agar mendapat keredaan ALLAH SWT.
Menurut puan, pernikahan ini masih belum didaftarkan di pejabat agama Islam walaupun hampir setahun pernikahan dijalankan. Sepatutnya, selepas puan dan suami balik ke Malaysia, segerakanlah urusan pendaftaran pernikahan ini di pejabat agama Islam yang berhampiran dengan tempat tinggal puan.
Bagaimanapun masih belum terlambat untuk mendaftarkannya.